-->

Type something and hit enter

Pages

Singapore Investment


On

SAPS Ibubapa 2017 . Ibu bapa atau penjaga kepada pelajar sekolah boleh menyemak keputusan ujian dan peperiksaan anak-anak mereka secara online atau atas talian. Antara ujian atau peperikasaan yang boleh disemak termasukalah Ujian Kali Pertama, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Ujian Kali Kedua, Peperiksaan Akhir Tahun, serta peperiksaan percubaan (trial examination) UPSR, PT3 & SPM. Semakan boleh dibuat melalui laman sesawang Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) atau NATIONAL KEY RESULT AREAS (NKRA). Sistem ini akan memaparkan slip keputusan pelajar serta markah peperiksaan pelajar secara online..

SAPS ibu bapa menyediakan semakan bagi murid Tahun 1 hingga Tahun 6 untuk Sekolah Kebangsaan (SK), Sekoalah Rendah Kebangsaan (SRK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Bagi sekolah menengah pula, SAPS ibu bapa hanya menyediakan semakan bagi Tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 5.

Ibu bapa dan pelajar digalakkan menyemak keputusan peperiksaan selepas markah peperiksaan telah diisi dan dikemaskini oleh guru.

Cara Menyemak Keputusan Peperiksaan Secara Online langkah demi langkah

1    Klik pautan berikut untuk ke laman sesawang SAPS Untuk Semakan SAPS Ibubapa:

    http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php


SAPS Ibu Bapa: Semak Keputusan Peperiksaan Online

2    Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar (tanpa dash "-" atau space).

3    Pilih samada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah, dan pilih pula Tahun peperiksaan.

4    Masukkan kod pengesahan (captcha) seperti tertera dengan tepat.

5    Klik butang Semak, dan anda akan dibawa ke menu utama seperti paparan laman di bawah:

SAPS Ibu Bapa: Semak Keputusan Peperiksaan Online


6    Pilih jenis peperiksaan yang ingin disemak, samada Ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, Peperiksaan Percubaan UPSR, PMR/PT3, SPM dan sebagainya.

7    Kemudian klik butang Papar Slip Keputusan untuk menyemak keputusan terkini ujian atau peperiksaan yang dipilih. Item yang boleh disemak temasukalah markah, gred, kedudukan dalam kelas / darjah / tingkatan, peratusan dan sebagainya.

8    Klik Papar Markah Peperiksaan untuk menyemak analisa keputusan bagi semua ujian dan peperiksaan bagi tahun yang dipilih.

Semoga perkhidmatan semakan online SAPS Ibu Bapa yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan ini dapat memberi manfaat kepada  ibubapa dalam usaha memantau prestasi akademik anak masing-masing secara konsisten.
Back to Top