-->

Type something and hit enter

Pages

Singapore Investment


On


相信有很多朋友都关注这家公司,自从2017年12月AGM过后,报章便陆续刊登关于它的企业动向。
HIAPTEK本身的业务实属蛮不错的,很可惜过去一直被联营公司 Eastern Steel (东钢)拖累而导致盈利被腐蚀。
最新的年报里也提到公司将在2018专注于重新启动已经停产两年的东钢,而相信第一年启动便会开始贡献盈利。
Source: http://m.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/eastern-steel-beroperasi-semula-mei-depan-1.589777
Eastern Steel beroperasi semula Mei depan
Besi

Besi

Tengku Putera (tengah) bersama pengurusan ESSB dan sebahagian kakitangan yang akan menjalani latihan industri di China, dalam majlis di kilang ESSB di Kemaman hari ini.-UTUSAN

KEMAMAN 13 Jan. – Syarikat pengeluar keluli, Eastern Steel Sdn.Bhd. (ESSB) akan membuka semula kilangnya Mei depan setelah harga bahan itu di pasaran dunia yang merudum kini kembali melonjak.

Sebagai langkah awal, ESSB yang bertapak di kawasan perindustrian Teluk Kalong di sini akan menghantar kumpulan pertama seramai 28 orang pekerja anak tempatan untuk menimba kemahiran  di Tangshan di Wilayah Hebei, China selama sebulan.


Ketua Pegawai Operasinya, Tee Choon Hock berkata, ESSB yang ditubuhkan pada tahun 2012 dan mula beroperasi tahun 2015  hanya mampu bertahan selama setahun .

"Ketika penutupan  dahulu, harga pasaran besi dunia sebanyak US250 satu tan metrik, dan sekarang nilai pasarannya telah meningkat satu kali ganda.

"Sepanjang operasi ditamatkan, ESSB sentiasa mencari jalan agar kilang ini dapat beroperasi semula.

"Namun dalam tempoh itu ESSB tidak pernah mengabaikan tanggungjawab terhadap pekerjanya yang tetap diberikan imbuhan bulanan," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Latihan Industri ke China dan Operasi Semula ESSB.

Majlis disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian Dan Perdagangan negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang.

Turut hadir Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) negeri, Rosman Roslan merangkap Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri; Yang Dipertua Majlis Perbandaran, Johan Ibrahim dan Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd Said Ibrahim.

Choon Hock berkata, apabila ESSB menutup operasi buat sementara, ramai yang beranggapan ESSB  akan meninggalkan Teluk Kalong.

"Sepanjang penutupan, kami tidak berdiam diri dan pengurusan ESSB pergi ke China bagi mengintai peluang baharu bagi mengembalikan operasi kilang ESSB di Teluk Kalong.

Menurut beliau, ESSB akan terus menghantar sehingga 150 orang pekerja ke China selama sebulan bagi meningkatkan penguasaan teknologi agar mereka  berkemahiran yang tinggi.

"Sebelum ini ESSB juga pernah berkerjasama dengan Kolej Universiti TATI (TATIUC) dengan menghantar 19 pekerjanya mengikuti kursus di kolej berkenaan," ujar beliau.

Sementara itu Tengku Putera  mengucapkan terima kasih kepada ESSB di atas pembukaan semula kilangnya selepas dua tahun ditutup.

"Dengan kejayaan EESB membuka semula kilangnya akan meningkatkan lagi perkembangan ekonomi negeri dan selain terus membuka peluang pekerjaan.

"ESSB tetap menjaga kebajikan pekerja, dan telah membelanjakan sebanyak RM30 juta untuk tempuh 20 bulan bagi membayar gaji  walaupun kilangnya ditutup," ujarnya.

Beliau juga berterima kasih kepada ESSB yang berusaha memberi pendedahan kepada anak negeri melalui peluang  menimba ilmu di China.-UTUSAN ONLINE

Source: http://www.kosmo.com.my/niaga/eastern-steel-kembali-beroperasi-mei-depan-1.590095
Eastern Steel kembali beroperasi Mei depan

MOHD. AZLI ADLAN
14 Januari 2018 1:06 PM
  Seramai 28 tenaga kerja mahir dan teknikal Eastern Steel yang akan berlepas menjalani latihan indust
Seramai 28 tenaga kerja mahir dan teknikal Eastern Steel yang akan berlepas menjalani latihan indust

Seramai 28 tenaga kerja mahir dan teknikal Eastern Steel yang akan berlepas menjalani latihan industri di Tangshan, China.



KEMAMAN - Kilang pengeluaran produk besi keluli terbesar Terengganu, Eastern Steel Sdn. Bhd. (Eastern Steel) bakal kembali beroperasi pada Mei depan selepas lebih dua tahun menghentikan pengeluaran.

Ketua Pegawai Operasi Eastern Steel, Tee Choon Hock berkata, kilangnya seluas 486 hektar di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong di sini bakal mengeluarkan 700,000 tan metrik tan produk besi keluli dengan unjuran perolehan kira-kira USD300 juta (RM1.19 trilion) dalam tempoh setahun.


Beliau berkata, sebelum ini, Eastern Steel yang merupakan anak syarikat Hiap Teck Venture Berhad terpaksa menghentikan sementara pengeluaran pada Oktober 2015 berikutan kejatuhan harga besi keluli di pasaran dunia.

"Walaubagaimanapun, Eastern Steel tidak pernah menutup operasi dan sentiasa bersedia untuk aktif semula. Kami kini bersedia apabila pasaran (besi keluli) global didapati kembali pulih.

"Berdasarkan senario semasa, kami optimis mampu mencatatkan keuntungan semula pada tempoh tiga bulan selepas kembali melakukan pengeluaran pada Mei depan," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis pelepasan 28 tenaga kerja mahir dan teknikal Eastern Steel untuk menjalani latihan industri di Tangshan, China oleh Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang.

Choon Hock berkata, harga produk besi keluli di pasaran dunia kini kembali melonjak kepada USD500 (RM1,989) bagi setiap metrik tan berbanding cuma RM250 (RM994) pada dua tahun lalu. - K! ONLINE











以上两篇马来文报章里所提到的是关于 位于 登嘉楼州 KEMAMAN的东钢即将在本年5月进行重新启动,所以2018年1月14日为28名技术员工举行饯别仪式,他们将被送往 中国河北唐山进行长达1个月的一系列的训练和技术升级。而下一班的训练则公司会派遣150名员工前往。

东钢负责人/发言人 ChooHock 表示,两年前钢胚的价格大约每吨 RM994 而导致公司出现营运困境而陷入停产,目前的价格则到达每吨RM1989 (应该是表明了目前的市场不错而有了重启的理由)。

http://klse.i3investor.com/blogs/zefftan/144202.jsp
Back to Top