Type something and hit enter

On



Permohonan BPN & Semakan Status Bantuan Prihatin Nasional
Sesiapa yang memohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN) pada bulan April boleh menyemak keputusan permohonan melalui laman web Bantuan Prihatin Nasional (https://bpn.hasil.gov.my/) mulai hari ini.

Sekiranya laman web memaparkan "TIDAK LAYAK" atau "TIDAK LULUS", ini bermaksud bahawa pemohon berkenaan tidak layak mendapat bantuan ini. Sistem akan memaparkan sebab-sebab yang berkaitan:

1. Permohonan tidak melepasi syarat kelayakan had umur memohon.

2. Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon / Pasangan melebihi RM8000.

3. Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon melebihi RM4000.

4. Semakan mendapati pemohon merupakan pelajar.

5. Tidak layak kerana pemohon / pasangan mempunyai syarikat berdasarkan data agensi (SSM). Walau bagaimanapun, pemohon boleh memohon Geran Khas Prihatin (GKP) melalui https://gkp.hasil.gov.my/ jika berkelayakan.

6. Status kahwin dengan maklumat yang sama.

Pemohon BPN yang tidak berjaya tidak boleh membuat rayuan lagi.

Pemohon yang berjaya akan mendapat bantuan BPN dari 15 Mei hingga 20 Mei 2020. Bantuan tunai tersebut akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima. Sesiapa yang tidak mempunyai akaun bank, boleh menunaikan wang tersebut di BSN.

Berikut adalah pernyataan rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri:



Click to comment
Back to Top
Back to Top