Permohonan Geran Khas Prihatin dibuka permohonan 1 Mei - Tengku Zafrul |
SOALAN LAZIM BERKAITAN GERAN KHAS PRIHATIN (GKP)
PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT (PRIHATIN PKS)
S1:
Apakah Geran Khas PRIHATIN?
J1:
Geran Khas PRIHATIN (GKP) adalah bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan mereka yang terjejas akibat wabak COVID-19.
S2:
Siapakah yang layak memohon Geran Khas PRIHATIN?
J2:
1. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
2. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
- Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
- Jumlah pekerja kurang daripada 5 orang, tidak termasuk pemilik; dan
3. Berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019; dan
4. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat; dan
5. Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia.
S3:
Berapakah nilai Geran Khas PRIHATIN?
J3:
Jumlah nilai Geran Khas PRIHATIN adalah RM3,000 yang akan dibayar secara one-off.
S4:
Bagaimanakah memohon Geran Khas PRIHATIN?
J4:
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal GKP (https://gkp.hasil.gov.my) yang disediakan oleh LHDNM.
Permohonan secara manual tidak akan diterima.
S5:
Bilakah tarikh permohonan Geran Khas PRIHATIN bermula?
J5:
Permohonan Geran Khas PRIHATIN dibuka mulai 1 Mei 2020 hingga 15
Mei 2020.
S6:
Bilakah keputusan permohonan boleh diketahui?
J6:
Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan bermula pada minggu pertama Jun 2020.
S7:
Saya berdaftar dengan agensi kerajaan (contohnya SSM dan Pihak Berkuasa Tempatan) tetapi tidak berdaftar dengan LHDNM, adakah saya layak memohon Geran Khas PRIHATIN?
J7:
Layak. Pemohon hendaklah mengisikan butiran pendaftaran perniagaan di borang permohonan dalam talian semasa memohon.
S8:
Bilakah tarikh pembayaran Geran Khas PRIHATIN akan dibuat?
J8:
Pembayaran dijangka akan dibuat pada bulan Jun 2020.
S9:
Bagaimanakah kaedah bayaran Geran Khas PRIHATIN dilaksanakan?
J9:
Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon yang layak. Akaun bank mestilah aktif.
Disediakan pada 30 April 2020
https://panduan6.blogspot.com/2020/05/soalan-lazim-berkaitan-geran-khas.html