-->

Type something and hit enter

Pages

Singapore Investment


On

TAWIN (7097) TA WIN HOLDINGS BHD cadang bangunkan kilang pancaran elektron di Melaka

Pengarah Urusan Kumpulan Ta Win, Datuk Seri Ngu Tieng Ung.

KUALA LUMPUR: Ta Win Holdings Bhd (Ta Win), pengeluar produk tembaga bersepadu Malaysia, bercadang membangunkan kilang pancaran elektron milik swasta pertama di Malaysia.

Syarikat dalam satu kenyataan berkata, sejajar dengan hasrat itu, Ta Win mengumumkan pelantikan Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia), sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, sebagai pakar sains nuklear yang menyediakan perkhidmatan penilaian dan perundingan teknikal kepada anak syarikat Ta Win, Cyprium Wire Technology Sdn Bhd (CWT).

"Perkhidmatan ini akan diberikan semasa pentauliahan dan pengoperasian sistem sinar elektron di kemudahan pembuatan CWT sedia ada di Kawasan Perindustrian Alor Gajah, Melaka," kata kenyataan itu.

Pelantikan itu berkuat kuasa mulai 12 Oktober 2021 bagi tempoh dua tahun.

"Pelantikan Nuklear Malaysia adalah detik penting dalam memfasilitasi pembinaan loji pancaran elektron kami. Sebagai peneraju sains dan teknologi nuklear, Nuklear Malaysia akan berkongsi pengetahuan dan kepakaran teknikal mengenai pembangunan dan operasi loji, termasuk melakukan pemeriksaan dan lawatan ke lokasi, dan memastikan bahawa protokol dan prosedur keselamatan pancaran CWT sesuai dengan keperluan," kata Pengarah Urusan Kumpulan Ta Win, Datuk Seri Ngu Tieng Ung.

Katanya, loji pancaran elektron itu akan menjadi langkah penting untuk memenuhi permintaan industri wayar dan kabel elektrik tempatan, serta keluaran tempatan pengeluaran produk wayar dan kabel elektrik dalam sektor pembuatan Malaysia.

"Ini adalah sebahagian daripada usaha mempercepatkan Ta Win ke dalam segmen EV (kenderaan elektrik) dan membolehkan kumpulan memanfaatkan peluang dalam rantaian bekalan EV global," katanya.

https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2021/10/875834/ta-win-cadang-bangunkan-kilang-pancaran-elektron-di-melaka

Back to Top