-->

Type something and hit enter

Pages

Singapore Investment


On

COASTAL (5071) COASTAL CONTRACTS BHDl dapat kontrak RM4.5 bilion di Mexico

KUALA LUMPUR: Coastal Contracts Bhd menerusi konsortium yang diterajui syarikat usaha samanya (JV), Coastoil Dynamic SA de CV (CD) memperoleh kontrak mega membangunkan loji penyaman gas di Mexico bernilai RM4.5 bilion.

Pada 24 Disember lalu, CD memeterai Perjanjian Perkhidmatan (SA) atau kontrak dengan Pemex Exploracion and Produccion, anak syarikat Petroleos Mexicanos (Pemex), syarikat petroleum nasional Mexico untuk melaksanakan projek loji penyaman gas di darat dikenali EMC Papan Plant dengan kapasiti 300 kaki padu gas standard sehari (mmscfd) di Ixachi Field, Tierra Blanca, Veracruz, Mexico.

Skop kerja untuk kontrak itu terdiri daripada kejuruteraan, perolehan, pembinaan, operasi dan penyelenggaraan loji penyaman gas dan infrastruktur berkaitannya.

Tempoh kontrak berkenaan adalah selama 3,902 hari, termasuk tempoh pembinaan 250 hari dan operasi serta tempoh penyelenggaraan selama 10 tahun.

Awal tahun ini, Coastal memulakan perjalanan meneroka projek loji penyaman gas di Mexico bersama rakan perniagaan jangka panjangnya, Nuvoil melalui syarikat usaha samanya, CD.

Nuvoil ialah syarikat Mexico yang mantap dengan rekod prestasi kukuh berdasarkan pengalaman 23 tahun dalam kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan operasi serta penyelenggaraan loji gas darat di Mexico.

Pengerusi Eksekutif Coastal Group, Ng Chin Heng, berkata pihaknya gembira dengan memperoleh kontrak kedua membangunkan loji penyaman gas di Ixachi Field, Mexico.

Beliau berkata, Coastal berada di Mexico sejak 2013 apabila Coastal pertama kali memeterai perjanjian catar bot bagi AGOSTO-12, unit pelantar mampatan gas untuk Pemex dan AGOSTO-12 kini dalam tahun keenam beroperasi untuk Pemex di Cantarell Field.

"Selama bertahun-tahun, hubungan kerja saling mempercayai kami dengan Nuvoil telah mewujudkan sinergi untuk kedua-dua pihak menceburi projek loji gas darat di Mexico. Memenangi kontrak mega bernilai RM4.5 bilion adalah rekod pemerolehan kontrak bagi kami dalam tempoh lebih 40 tahun.

"Ini juga adalah satu pencapaian yang hebat untuk pemegang saham kami yang tidak pernah berhenti mempercayai pasukan pengurusan dan berjaya bersama kami sepanjang tahun yang mencabar.

"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Pemex kerana memberi peluang untuk mengambil bahagian dalam rantaian nilai pengeluaran di Ixachi Field," katanya dalam satu kenyataan.

Chin Heng berkata, pihaknya sangat optimistik untuk memperoleh lebih banyak projek yang berkaitan dengan rantaian nilai pengeluaran Pemex di tengah-tengah pemulihan kukuh industri.

Beliau berkata, dengan harga minyak berlegar sekitar AS$70 setong dan kekurangan pelaburan dalam industri beberapa tahun lalu, syarikat minyak utama dijangka meningkatkan perbelanjaan modal pada 2022.

"Kami percaya bahawa Coastal dan syarikat usaha sama kami akan dapat memanfaatkan peluang ini. Akhir sekali, kami ingin mengucapkan tahniah kepada rakan usaha sama kami untuk kemenangan kontrak ini.

"Kami tidak sabar-sabar untuk memulakan perjalanan jangka panjang dengan rakan usaha sama untuk mengembangkan syarikat usaha sama kami, CD sebagai peserta bertaraf dunia dalam segmen pengeluaran dan pemprosesan hidrokarbon," katanya.

https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2021/12/904544/coastal-dapat-kontrak-rm45-bilion-di-mexico

Back to Top