-->

Type something and hit enter

Pages

Singapore Investment


On

Econsave bakal miliki 100 cawangan di seluruh Malaysia

Yang Dipertua MPK, Noraini Roslan (tiga dari kiri) diiringi Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong (dua dari kanan) dan Pengurus Besar Econsave, Mas Imran Adam (kiri) pada Perasmian Pasaraya Econsave Pandamaran -NSTP/Faiz Anua

KLANG: Econsave Cash and Carry (Econsave) dijangka memiliki 100 cawangan pasar raya di seluruh negara menjelang penghujung tahun depan.

Pengurus Besar Econsave, Mas Imran Adam, berkata setakat ini, sebanyak 88 cawangan telah dibuka termasuk di Pandamaran yang dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Noraini Roslan hari ini.

"Selain Econsave Pandamaran yang dirasmikan hari ini, kita sudah membuka beberapa cawangan di negeri lain termasuk Kubang Kerian, Kelantan; Chemor, Perak dan Bandar Sri Botanik, Selangor.

"Sehingga penghujung tahun ini, akan ada 93 cawangan, bermakna lima lokasi lagi akan dibuka tahun ini.

"Namun sebelum penghujung tahun depan, kami akan ada 100 cawangan di seluruh negara, hari ini cawangan ke-88," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Perasmian Econsave Pandamaran yang disempurnakan oleh Noraini bersama Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Eksekutif Econsave, Lai Sak Coon dan Lai Dia Ling yang juga anak kepada pengasas Econsave, Lai Poh Tian.

Mas Imran berkata, pada masa ini setiap tahun dianggarkan enam hingga tujuh cawangan dibuka dan Econsave Pandamaran antara cawangan besar kerana turut menempatkan ibu pejabat pasar raya itu.

"Dengan pembukaan rasmi cawangan ke-88 di Pandamaran ini, Econsave terus menawarkan pelbagai produk segar dan barangan keperluan lain.

"Kami juga menempatkan semula ibu pejabat di Econsave Pandamaran yang sebelum ini terletak di Econsave Kampung Jawa.

"Kami berharap dengan pembukaan cawangan ini kami berharap dapat membantu merancakkan pertumbuhan ekonomi di kawasan ini dan seterusnya memberikan pengguna untuk membeli barangan pada harga yang murah," katanya.

https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2022/07/979878/econsave-bakal-miliki-100-cawangan-di-seluruh-malaysia

Back to Top