-->

Type something and hit enter

Pages

Singapore Investment


On

 MGRC 0155 MALAYSIAN GENOMICS RESOURCE CENTRE BERHAD jalin kerjasama genomik, sel di Arab Saudi

Malaysian Genomics Resource Centre Bhd (MGRC)

KUALA LUMPUR: Malaysian Genomics Resource Centre Bhd (MGRC) menjalin kerjasama strategik dengan United Doctors Hospital (UDH), syarikat berpangkalan di Jeddah, Arab Saudi dalam terapi genomik dan sel.

Di bawah perkongsian yang sah selama tiga tahun itu, MGRC dan UDH akan mengambil langkah yang perlu untuk menggalakkan dan mempromosi kerjasama menjual dan memasarkan ujian saringan genetik dan produk terapi sel, kerjasama dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta bidang kerjasama lain dalam terapi genomik dan sel yang akan diputuskan bersama oleh kedua-dua pihak.

Pengarah Eksekutif MGRC, Azri Azerai, berkata perkongsian strategik dengan UDH ini membolehkan syarikat meluaskan jangkauan geografi produk dan perkhidmatan di luar Malaysia ke rantau Asia Barat dan Afrika Utara.

"Ia juga akan membolehkan kami bekerjasama dalam R&D dengan pelbagai pakar domain untuk meningkatkan set ujian saringan genetik dan terapi sel kami," katanya dalam satu kenyataan.

Doktor Perubatan di UDH, Dr Hefny Moustafa Hefny, berkata antara bidang yang diteroka oleh MGRC dan UDH ialah peluang untuk membangunkan ujian saringan genetik bagi keadaan keturunan dan penyakit yang berleluasa di Asia Barat atau Afrika Utara, yang mungkin berbeza daripada bahagian lain di dunia.

UDH yang berpangkalan di Jeddah, Arab Saudi diakreditasi oleh Lembaga Pusat Akreditasi Institusi Penjagaan Kesihatan Arab Saudi.

Ia juga telah memenangi pelbagai anugerah untuk tanggungjawab sosial, termasuk Anugerah Raja Khalid untuk Tanggungjawab Sosial pada 2018 dan diperakui dengan SA8000, program pensijilan sosial terkemuka di dunia, oleh Social Accountability International (dahulunya dikenali sebagai Social Accountability Accreditation Services), sebuah pertubuhan amal yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) pada 2016.

MGRC sedang giat mengembangkan saluran perniagaan kepada penggunanya sebagai sebahagian daripada strategi pertumbuhan kumpulan.

Syarikat itu baru-baru ini memperoleh 51 peratus kepentingan dalam syarikat pengendali dialisis buah pinggang, Aquahealth Sdn Bhd untuk menawarkan penjagaan buah pinggang yang diperibadikan dan turut membabitkan pengurusan pemakanan, perubahan gaya hidup dan ujian genetik.

Ia juga bekerjasama dengan platform beli-belah dalam talian, Asean Super App AirAsia dan Speedoc untuk menyediakan perkhidmatan pemeriksaan genetik.

https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2022/07/975919/mgrc-jalin-kerjasama-genomik-sel-di-arab-saudi

Back to Top