-->

Type something and hit enter

Pages

Singapore Investment


On

 
AT (0072) - Adakah Kaunter Saham Ini Akan Melambung Tinggi SELEPAS PRIVATE PLACEMENT??

Kaunter Saham AT(0072) mendapat perhatian pelabur umum selepas syarikat melaporkan penglibatan dalam bisnes terbaru iaitu " Glove". Ramai pelabur ingin menumpang KAPAL ini selepas mereka terlepas peluang dalam " Glove Counter" yang lain. Sebelum Covid 19 merebak di Malaysia, kebanyakan Kaunter Saham jenis "Glove" hanya di paras kurang daripada RM1.00 . Tetapi selepas Covid 19 pandemic berleluasa, Kaunter Saham yang berkaitan dengan "Glove" kesemuanya melambung tinggi ke langit. Bagi Pelabur yang tajam mata melabur dalam kaunter saham Glove sebelum ini, mereka kesemuanya tersenyum terus ke "Bank" .

Harga Saham AT pada 16 Julai 2020, bertutup pada 0.07 , tetapi melambung tinggi ke 0.27 pada 11 Nov 2020 selepas mendapat perhatian umum pelabur. Selepas itu, harga saham AT(0072) menetap dalam lingkungan 0.15 ke 0.20 tanpa banyak pergerakkan.

Sekarang timbulnya soalan, ramai pelabur yang tertanya tanya, kenapa Harga Saham AT(0072) tidak bergerak tinggi? Kilang di Chemor Ipoh akan beroperasi di pertengahan bulan Dis 2020 ini, ia sepatuhnya melambung naik mengikut ramalan kebanyakan sifu sifu di pasaran saham? Kenapa kaunter saham ini asyik menidur sahaja?

Bagi sesiapa yang ada mengikut perkembangan AT(0072), syarikat ini telah melaporkan kepada Bursa pada 25/8/2020 untuk mendapatkan "Private Placement" yang pertama berjumlah 795,924,000 . Syarikat ini mengeluarkan "Private Placement" berperingkat mengikut harga saham "Volume Weighted Average Price- VWAP" kepada pelabur pelabur yang terpilih. Dalam masa tempoh "private placement" yang pertama , harga saham Kaunter AT(0072) tetap dalam lingkungan 0.07 ke 0.10 (Tempoh masa dari 25 Ogos 2020 ke 30 Oct 2020 ) . "Private Placement" yang pertama hanya dilaporkan tamat kepada Bursa pada 10 Nov 2020. Pada hari keesokannya, iaitu pada 11 Nov 2020, kaunter saham ini melambung tinggi ke 0.285 dan menutup pada 0.27. Adakah ini satu kebetulan, kenapa harga saham AT (0072) sebelum tamatnya "Private Placement", hanya menetap pada paras yang tertentu? Bagi pelabur yang mengetahui proses "Private Placement", maka beliau akan tahu kenapa.

Pada 17 Nov 2020, syarikat ini telah melaporkan kepada Bursa untuk mengeluarkan  "Private Placement" yang kedua, iaitu sebanyak 750,044,000. Pada hari ini iaitu 8/12/2020, "Private Placement" yang kedua masih belum tamat dan harga Kaunter Saham dalam lingkungan 0.15 ke 0.20 . Mengikut pengalaman yang ada pada "Private Placement" yang pertama, harga saham kaunter AT (0072) tidak akan banyak berubah. Apa yang menarik perhatian pelabur sekarang ialah " ADAKAH SAHAM KAUNTER AT(0072) AKAN MELAMBUNG TINGGI SELEPAS TAMATNYA PRIVATE PLACEMENT YANG KEDUA" ??

Bagi sesiapa yang ada mengikut perkembangan "Private Placement" yang pertama, dialah yang tahu JAWAPANnya.

Rujukan:

1.https://www.bursamalaysia.com/market_information/announcements/company_announcement/announcement_details?ann_id=3105774

2.https://www.bursamalaysia.com/market_information/announcements/company_announcement/announcement_details?ann_id=3103979

3.https://www.bursamalaysia.com/market_information/announcements/company_announcement/announcement_details?ann_id=3081093

Disclaimer: Penulis ini hanya meluahkan pandangannya tentang sesuatu Saham Kaunter. Dia tidak berniat untuk berpengaruh sesiapa dalam keputusan sama ada " Buy/hold/sell".  Anda diminta buat rujukan sendiri mengikut sumber sumber yang berkaitan yang sedia ada.  Selalu " Trade At Your Own Risk - TAYOR"

https://klse.i3investor.com/blogs/MyBlogs/2020-12-08-story-h1537474779-AT_0072_Adakah_Kaunter_Saham_Ini_Akan_Melambung_Tinggi_SELEPAS_PRIVATE_.jsp

Back to Top