-->

Type something and hit enter

Articles


Videos



On

DLADY (3026) DUTCH LADY MILK INDUSTRIES BHD  fokus bangun hab tenusu halal baharu

Gambaran artis hab tenusu halal baharu milik Dutch Lady Milk Industries Bhd (DLMI) di Bandar Baru Enstek, Negeri Sembilan.

KUALA LUMPUR: Pembangunan hab tenusu halal baharu di Bandar Baru Enstek, Negeri Sembilan akan menjadi tumpuan utama Dutch Lady Milk Industries Bhd (DLMI).

Pengarah Urusan DLMI, Ramjeet Kaur Virik, berkata bagi merealisasikan fokus utama itu, syarikat memperuntukkan perbelanjaan modal RM400 juta untuk tempoh beberapa tahun akan datang dalam usaha memperkemaskan segmen pengeluaran produk tenusu di negara ini.

"Kami jelas dengan tujuan dan visi syarikat dan tahu bahawa kilang di Petaling Jaya sekarang tidak akan dapat menyokong rancangan pertumbuhan.

"DLMI memilih Bandar Enstek sebagai lokasi untuk kemudahan pengilangan masa depan kerana saiz yang sesuai di lokasi yang strategik dalam taman perindustrian dengan status halal," katanya kepada BH.

Ramjeet berkata, elemen yang dimiliki oleh Bandar Enstek menjadi

menjadi kelebihan untuk aktiviti pengilangan DLMI pada masa depan selain dapat meningkatkan prospek dan pendapatan di samping terus memenuhi tujuan syarikat untuk 'Mengkhasiatkan Nusa dan Bangsa'.

"Penjualan hartanah Petaling Jaya juga akan digunakan untuk membiayai pembinaan kemudahan pengilangan canggih yang serba baharu," katanya.

Disember tahun lalu, DLMI mengumumkan peruntukan modal berjumlah RM340 juta untuk memajukan tanah perindustrian berkeluasan 13.19 hektar di Bandar Baru Enstek menjadi hab tenusu halal di Malaysia.

Menurut DLMI, modal berskala besar yang dibiayai dana dalaman bagi tempoh 2021 hingga 2025 itu adalah untuk membangunkan tanah yang diambil alih tahun ini, sekali gus bakal memberi manfaat kepada Malaysia.

Rancangan kumpulan itu bakal menyokong penggunaan susu yang semakin meningkat di negara ini bagi menangani penyakit tidak berjangkit (NCD) yang membimbangkan.

Hab tenusu halal baharu milik DLMI di Negeri Sembilan itu akan menjadi pusat bertaraf dunia dan dilengkapi dengan teknologi mesra alam terkini, untuk meningkatkan lagi kecekapan serta produktiviti.

Ramjeet berkata, COVID-19 menyaksikan rancangan perbelanjaan modal bagi tahun 2021 DLMI tertangguh disebabkan kelewatan mobilisasi ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Justeru, katanya sekitar 70 peratus anggaran perbelanjaan modal yang diperuntukkan untuk tahun ini sudah digunakan.

"Susulan kelewatan dalam perbelanjaan modal untuk tahun ini, perbelanjaan modal bagi 2022 tentunya akan menjadi lebih tinggi bagi menyokong pembinaan kemudahan pengilangan canggih yang sedang ditingkatkan dan akan berjalan lancar sepenuhnya tahun depan," katanya.

Mengenai hala tuju syarikat, beliau menjelaskan tumpuan utama adalah untuk meningkatkan pengaruh jenama, kedudukan dan kelebihan komersial DLMI.

"Falsafah kepimpinan kami berpandukan 4P iaitu Tujuan (Purpose), Pekerja (People), Prestasi (Performance) dan Potensi (Potential).

"Malaysia terus kekal sebagai pasaran yang sangat penting dengan prospek yang cerah. Justeru, kami melabur RM400 juta untuk kilang pengeluaran baharu DLMI@Enstek untuk menyokong rancangan pengembangan jangka panjang syarikat di Malaysia," katanya

Ramjeet dilantik menggantikan Tarang Gupta berkuat kuasa pada 2 Julai lalu.

Beliau adalah wanita kedua yang dilantik sebagai Pengarah Urusan dalam sejarah DLMI di Malaysia.

https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2021/10/880266/dutch-lady-fokus-bangun-hab-tenusu-halal-baharu

Back to Top
Back to Top