-->

Type something and hit enter

Articles


Videos



On
 Sebagai sebuah Negara yang membangun dengan pesat dan sedang menuju ke era Negara maju, maka rakyat Malaysia haruslah bersama- sama memikul tanggungjawab untuk memajukan Negara dalam pelbagai bidang. Dalam konteks ini, kita haruslah memajukan dalam bidang ilmu pengetahuan menjurus kepada pelajar. Ilmu merupakan jambatan kehidupan untuk mencorakkan kehidupan yang lebih cerah agar mempunyai masa depan yang gemilang. Pada masa kini, ilmu pengetahuan itu penting kepada seseorang indivdu yang bergelar pelajar kerana mampu melahirkan pelajar pintar serta bijak dalam pembelajaran di samping dapat meningkatkan prestasi dalam pelajaran. Berbalik kepada hasrat Bekas Perdana  Menteri  Tun Dr. Mahathir Mohammad untuk mencapai status Negara maju menjelang tahun 2020 nanti. Oleh itu, ilmu pengetahuan akan melahirkan masyarakat Negara yang berintelektual serta berdaya saing dalam pelbagai aspek . persoalannya di sini, apakah kepentingan ilmu pengetahuan kepada seorang individu yang bergelar pelajar ini? Persoalan ini akan saya rungkaikan di perenggan – perenggan seterusnya untuk menjelaskan dengan mendalam soal ini.

Ilmu pengetahuan dapat melahirkan individu atau seorang pelajar yang bermoral . apbila disebutkan dengan moral ini pasti semua orang mempunya pandangan yang positif. Justeru itu, apabila seseorang pelajar itu mempunyai ilmu sudah pasti ia mempunyai  nilai – nilai moral dalam dirinya. Pelajar  yang bermoral pasti akan memperoleh kecemerlangan di dalam setiap aspek. Berbalik dari segi agama Islam yang menyuruh bahawa kita kita mengamalkan sifat mahmudah di dalam diri kita. Hal berkait rapat dengan moral seseorang terutamanya seorang pelajar kerana apabila dia menuntut ilmu pastinya menunjukkan sikap yang positif kepada guru agar ilmu yang diperoleh itu mendapat keberkatan. Di sekolah, dengan adanya subjek mata pelajaran seperti pendidikan islam, sivik serta pendidikan moral ini dapat memupuk nilai – nilai murni yang baik di dalam diri pelajar tersebut disamping dapat meningkat ilmu pengetahun, teringat pepatah melayu ada  mengatakan sambil menyelam minum air iaitu kita mendapat dua manfaat di dalam satu perkara. Seseorang yang bermoral pasti akan disukai oleh orang disekelilingya kerana tingkah lakunya yang tertib serta sangat menghormati guru- guru. Justeru itu, pelajar tersebut Berjaya di dalam kehidupannya. Jelaslah bahawa ilmu pengetahuan itu dapat melahirkan pelajar yang berakhlak mulia serta bersahsiah. Oleh itu, tuntutlah ilmu untuk meningkatkan moral kita sebagai seorang hamba di muka bumi ini.

          Selain itu, setiap pelajar seharusnya bertungkus – lumus dalam menimba ilmu dan bersungguh- sungguh mempelajari ilmu yang baharu. Kementerian pelajaran Malaysia telahpun menambahbaik system pembelajaran kepada kaedah yang terkini iaitu kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Sistem ini  bertujuan menguji tahap pemikiran pelajar dalam menyelesaikan soalan – soalan yang sukar. Hal ini bertujuan bagi melahirkan pelajar yang berminda kelas pertama dan berfikiran secara meluas ataupun terbuka. Oleh itu, ini juga boleh menjadi aset yang beharga kepada Negara. Berikutnya, ilmu pengetahuan juga boleh ditimba dengan membaca bahan bacaan seperti buku – buku ilmiah, surat khabar dan bahan bacaan yang mendatangkan manfaat yang lain. Seterusnya, sekiranya seseorang itu mempunyai  ilmu yang penuh di dada, pelajar tersebut boleh membantu orang lain dalam menyelesaikan masalah sekali gus  dapat berbakti kepada orang ramai maka ,kita perlulah bersungguh – sungguh mengejar ilmu seperti kata hikmat mencari ilmu biarlah sampai ke Negara China. Oleh itu, terbuktilah bahawa betapa pentingnya ilmu pengetahuan kerana ilmu merupakan pelita hidup juga              penerang kehidupan. 
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        Dalam mendepani arus kemodenan dunia yang kian pesat,pelbagai bidang ilmu haruslah dikuasai kerana persaingan yang hebat pada era ini. Ilmu pengetahuan dalam dalam bidang – bidang ilmu seperti bidang bahasa asing,bidang kesenian ,bidang kesusasteraan serta bidang sains. Jika kita mempunyai ilmu pengetahuan yang mantap dalam bidang – bidang yang dinyatakan ini sudah pasti kehidupan kita akan cerah seperti disinari matahari di siang hari. Hal ini terjadi kerana pelajar – pelajar pada zaman moden ini sangat pintar dalam berfikir , mereka ini sudah dididik dengan ilmu pengetahuan yang tinggi oleh guru – guru. Oleh itu, ramai individu yang berintelektual tinggi telah terdidik di Malaysia. Apabila seseorang pelajar itu menguasai bidang ilmu lain yang bukan kebiasaan setiap pelajar seperti mempelajari bahasa asing seperti bahasa jepun, mandarin,dan bahasa inggeris yang mantap ini merupakan salah satu pernambahan aset yang sangat memberi manfaat kepada individu tersebut kerana bidang bahasa asing ini bukanlah semua pelajar berminat untuk mempelajarinya. Justeru itu,seseorang individu tersebut akan memperoleh manfaat yang besar dalam kehidupannya serta memudahkannya mendapat tempat di IPT sejurus membuka memperoleh  peluang pekerjaan yang cerah. Jelaslah bahawa ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang dapat menjana kehidupan yang berjaya.

Ilmu pengetahuan tonggak kehidupan, kepentingan ilmu pengetahuan juga ialah  dapat menjamin masa hadapan seseorang pelajar untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik dan meningkatkan taraf hidup mereka. Pada perenggan sebelum ini saya sudah jelaskan tentang pelbagai bidang ilmu yang membolehkan pelajar tersebut memperoleh tempat di peringkat IPT serta pekerjaan yang baik. Kehidupan seseorang pelajar yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi juga akan membina keselesaan hidup yang lebih sempurna. Ilmu pengetahuan juga menjadikan seseorang pelajar itu menjadi insan yang berguna kepada masyarakat, bangsa dan Negara pada masa hadapan sekali gus melahirkan masyarakat yang berintelektual yang tinggi. Selain itu, seseorang pelajar itu akan akan dijadikan rujukan oleh masyarakat jika mempunya ilmu pengetahuan yang pelbagai aspek. Ilmu pelita kehidupan yang menjadikan seseorang pelajar menghadapi cabaran hidup yang lebih mencabar pada masa yang akan datang disebabkan kecanggihan teknologi yang kian menonjol akibat penyelidikkan dan penerokaan ilmu pengetahuan dalam bidang teknologi elektronik. Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan kerana dunia masa kini memerlukan ilmu pengetahuan yang tinggi bagi memudahkan memenuhi pasaran kerja. Oleh itu, kita harus menuntut ilmu sedalam- dalamnya. Jelaslah bahawa jika kita mempunyai ilmu pengetahuan pastinya kita memperoleh masa hadapan yang cerah seperti matahari.

                    Izharnya, ilmu pemacu kejayaan hidup seseorang individu yang bergelar pelajar. Manusia yang berjaya adalah manusia  yang berpendidikan tinggi  dan mempunya ilmu pengetahuan yang meluas  dalam setiap aspek di negar ini. Bagi mencapai hasrat bekas perdana Menteri  Tun Dr. Mahathir  yang berhasrat untuk mencapai status Negara maju menjelang tahun 2020 nanti masyarakat yang berintelektual yang tinggi merupakan pemacu kea rah kemajuan Negara selaras menjana ekonomi yang kukuh di Negara ini. Oleh itu, ilmu pengetahuan sangat penting bagi setiap individu untuk meningkatkan taraf hidup mereka bagi menempa rintangan dalam kehidupan yang penuh dengan persaingan pada masa kini. Ilmu pengetahuan telah dihuraikan di perenggan- perenggan bukan saja memberi keuntungan kepada diri sendiri malah bangsa dan Negara yang harmoni ini. Cabaran dunia pada hari inilah yang menyebabkan kita perlu menuntut ilmu sehingga sampai ke menara gading. Pelajar yang Berjaya ialah pelajar yang taat pada perintah Allah swt. Di samping kita menimba ilmu janganlah sesekali kita melupakan tanggungjawab kita sebagai seorang hambaNya. Akhir kata dari saya sebelum meletakkan pen saya , marilah kita sama- sama menuntut ilmu pengetahuan yang tinggi  dalam setiap bidang .   

http://ohkarangan.blogspot.com/2020/02/kepentingan-ilmu-kepada-seorang-pelajar.html
Back to Top
Back to Top