-->

Type something and hit enter

Pages

Singapore Investment


On

JERASIA (8931) JERASIA CAPITAL BHDl kini dalam senarai PN17 Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR: Jerasia Capital Bhd menjadi syarikat terkini diklasifikasikan sebagai penerbit tersenarai yang terjejas di bawah Nota Amalan 17 (PN 17) Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama (MMLR), menjadikan jumlah syarikat PN17 kepada 25 setakat Isnin.

Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Securities) berkata ia akan terus memantau perkembangan pengeluar pakaian fesyen itu berhubung pematuhannya terhadap MMLR.

"Sehingga 31 Jan, 2022, terdapat sebanyak 27 buah syarikat di bawah PN17 dan GN3 yang mewakili 2.98 peratus daripada jumlah keseluruhan 907 syarikat yang disenaraikan di Pasaran Utama dan Pasaran ACE Bursa Securities," katanya.

Pada Jumaat lalu, Jerasia berkata Lembaga Pengarahnya telah mengambil langkah yang sewajarnya untuk merangka pelan penyusunan semula bagi menangani status PN17 syarikat itu dan akan membuat pengumuman mengenai pelan tersebut dalam masa terdekat.

– Bernama

https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2022/02/918088/jerasia-capital-kini-dalam-senarai-pn17-bursa-malaysia

Back to Top