-->

Type something and hit enter

Latest News


On

 BSTEAD 2771 BOUSTEAD HOLDINGS BERHAD kembali pulih, catat untung RM74.40 juta

KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Boustead Holdings Bhd meningkat kepada RM74.40 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2022 daripada kerugian sebanyak RM7.30 juta pada tahun lalu, didorong oleh sumbangan yang lebih baik daripada segmen hartanah hingga perladangan.

Menurut kumpulan itu, keuntungan turut disokong oleh keputusan yang lebih baik daripada syarikat bersekutu.

Perolehan pada suku tahun itu naik kepada RM4.31 bilion daripada RM2.57 bilion pada suku kedua 2021, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Bagi tempoh separuh pertama, Boustead turut mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi sebanyak RM364.70 juta berbanding RM35.80 juta pada separuh pertama tahun kewangan 2021, sebahagian besarnya berikutan keuntungan sekali sahaja daripada penjualan tanah perladangan sebanyak RM367.7 juta.

"Semua bahagian lain, kecuali bahagian industri berat dan farmaseutikal, terus mencatatkan prestasi yang lebih kukuh pada separuh pertama tahun ini," katanya.

Mengenai masa depan, kumpulan terus optimis bahawa faktor positif, selain strategi 'Reinventing Boustead', akan memacu prestasi lebih baik sepanjang kepelbagaian usaha niaga kumpulan itu.

"Di bawah strategi itu, kumpulan menyasarkan untuk mempercepatkan pewujudan nilai dengan program peningkatan prestasi, memanfaatkan aliran pendapatan baharu, menyelaraskan aset bukan strategik dan menceburi sektor teknologi dan perkhidmatan digital.

"Sementara itu, bahagian farmaseutikal menguruskan pengeluaran inventori perubatan. Oleh itu, terdapat peningkatan empat kali ganda untuk permintaan terhadap produk farmaseutikal generiknya dan bahagian itu menjangka kekurangan ubat-ubatan akan kembali normal pada suku keempat 2022," katanya.

-BERNAMA

https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2022/08/993317/boustead-kembali-pulih-catat-untung-rm7440-juta

Back to Top
Back to Top