-->

Type something and hit enter

Pages

Singapore Investment


On

 CAELY 7154 CAELY HOLDINGS BHD tukar nama kepada Classita Holdings

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Bhd hari ini mengumumkan pertukaran nama pengeluar pakaian dalam wanita Caely Holdings Bhd kepada Classita Holdings Bhd.

Bursa Malaysia dalam satu kenyataan berkata nama pendek saham syarikat itu akan ditukarkan daripada Caely kepada Classita dan warannya daripada Caely-WB kepada Classita-WB.

Menurutnya, sekuriti syarikat itu akan diniagakan dan disebut harga di bawah nama baharu tersebut berkuat kuasa 9 pagi pada hari Selasa, 13 Dis, 2022, bagaimanapun nombor saham syarikat itu kekal tidak berubah.

Classita dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada 7 Disember 2022, berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyahbekukan semula akaun operasi syarikat dan anak syarikatnya selepas menyelesaikan siasatannya.

Syarikat itu berkata tidak ada sebarang dakwaan dikenakan.

Pada April 2022, SPRM membekukan semua akaun bank syarikat dan anak syarikatnya berhubung beberapa transaksi yang meragukan.

Syarikat itu disiasat berhubung dakwaan penyelewengan berjumlah RM30.55 juta oleh anak syarikat milik penuhnya Caely (M) Sdn Bhd.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada 28 Nov, 2022, syarikat itu bercadang menukar namanya kepada Classita Holdings Bhd untuk mencipta identiti korporat baharu bagi usaha niaga sedia ada dan akan datang syarikat. – Bernama

https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2022/12/1037425/caely-tukar-nama-kepada-classita-holdings

Back to Top