-->

Type something and hit enter

Pages

Singapore Investment


On

Sasar buka 70 klinik pakar pergigian

DV Group Berhad, peneraju dan penyedia khusus keperluan pergigian pediatrik menyasarkan membuka 70 klinik Pakar Pergigian Kanak-Kanak Dental Valet (Dental Valet) dalam tempoh 10 tahun.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Nazatul Sabariah Ahmad berkata, Dental Valet menawarkan perkhidmatan pesakit dalam kalangan kanak-kanak, dari bayi hingga remaja berusia 17 tahun termasuk kanak-kanak istimewa (autism, Sindrom Down dan palsi serebrum).

Katanya, Dental Valet mempunyai 12 doktor pakar dalam pelbagai bidang dan pihaknya menggunakan pendekatan memujuk, memberi hadiah dan penghargaan kepada kanak-kanak untuk meredakan kesakitan.

"Sebagai tarikan utama dan mewujudkan kelainan klinik, kami mengubah suai persekitaran dengan dekorasi ceria dan berwarna-warni serta mengelak gambar gigi rongak dan rosak supaya pesakit berasa selesa.

"Setakat ini, kami mempunyai dua cawangan iaitu di Bangi dan terbaru di Shah Alam. Melihat kepada sambutan menggalakkan sehingga suku kedua tahun depan, kami akan membuka satu lagi Dental Valet di Damansara.

"Selain itu, kami merancang untuk melengkapkan fasiliti di Dental Valet Shah Alam dengan menambah kerusi pergigian daripada enam kepada sembilan, di samping fasiliti X-ray dan bilik pesakit berkeperluan khas," katanya kepada Bisnes Metro.

Menurutnya, syarikat juga sedang membangunkan akademi Dental Valet dan mula mengambil pelajar bermula bulan ini.

Akademi itu bertujuan memberi latihan kepada doktor gigi am yang mempunyai minat di dalam bidang pergigian kanak-kanak dan juga memberi latihan kepada pembantu pembedahan pergigian.

Beliau berkata, selain itu, asas mengendalikan perniagaan klinik pergigian juga akan menjadi salah satu silibus.

"Sebagai doktor gigi, hampir setiap hari saya berada di dua klinik, namun turut melengkapkan diri dengan kelas perniagaan untuk menguasai selok-belok empayar perniagaan.

"Kami komited untuk meluaskan rangkaian dengan menyasarkan 70 cawangan akan dibangunkan di seluruh negara dalam tempoh 10 tahun. Kami juga mengalu-alukan mereka yang berminat untuk menjalin kerjasama dengan modal antara RM800,000 hingga RM1.5 juta termasuk peralatan rawatan yang diperlukan.

"Kami turut menyasarkan untuk disenaraikan di Bursa Malaysia dalam masa lima tahun dengan nilai RM300 juta dan kini, kami di fasa pengumpulan dana pusingan kedua co-founder 2 yang dijangka berakhir pada Jun 2023," katanya.

https://www.hmetro.com.my/bisnes/2023/01/921326/sasar-buka-70-klinik-pakar-pergigian

Back to Top