-->

Type something and hit enter

Pages

Singapore Investment


On

Tarikh Penting Permohonan IPG 2016 Online. Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ambilan Tahun 2016 secara online kini telah dibuka mulai hari Khamis, 10 Mac 2016  jam 12:00 tengahari. Sebelum memohon, sila lihat syarat kemasukan ke IPG di SYARAT. Sebagai panduan kepada pemohon, berikut dikongsikan tarikh penting permohonan IPG 2016 online atau kalendar aktiviti yang mengandungi tarikh penting dari permohonan hingga pendaftaran. FAQ permohonan pula boleh dirujuk di Soalan Lazim.


kalendar aktiviti Permohonan IPG 2016 Online

Tarikh Penting Permohonan IPG 2016 Online

Menurut Apllikasi Permohonan IPG, kalendar aktiviti bagi permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan 2016 adalah seperti berikut dan tertakluk kepada perubahan semasa. Calon dinasihatkan supaya menyemak status permohonan dari semasa ke semasa dalam laman sesawang KPM di alamat www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan permohonan:
Bil
Aktiviti
Tarikh
1
Iklan permohonan PISMP Ambilan Jun 2016 dalam akhbar tempatan

06-March-2016
2
Permohonan secara online dibuka.
10-March-2016
hingga
27-March-2016
3
Permohonan ditutup (pindaan atau perubahan maklumat permohonan boleh dibuat sehingga tarikh tutup)
27-March-2016
(11:59 PM)
4
Semak nama calon berjaya untuk menduduki UKCG
01-April-2016
hingga
14-April-2016
5
Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)
10-April-2016
hingga
15-April-2016
6
Semakan nama calon berjaya ditemuduga secara dalam talian (pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Borang butiran Diri di laman sesawang KPM)
02-May-2016
hingga
19-May-2016
7
Pelaksanaan Temu Duga
(Sila bawa bersama Surat Panggilan Temu Duga, borang butiran Diri yang telah dilengkapkan dan Sijil Akakdemik/Kokurikulum)
09-May-2016
hingga
20-May-2016
8
Semakan tawaran calon berjaya.
  • Calon dikehendaki mencetak surat tawaran sementara melalui laman sesawang KPM.
  • Surat Tawaran Rasmi boleh didapati selepas melapor diri.
06-June-2016
hingga
13-June-2016
9
Pendaftaran calon di Institut Pendidikan Guru.
(Calon yang melapor diri boleh mendapatkan Surat Tawaran Berkursus di IPG yang ditetapkan selepas pendaftaran)
13-June-2016


Catatan :
Sila cetak kalendar aktiviti ini untuk simpanan dan rujukan anda.
Tarikh tersebut adalah sebagai panduan calon dan tertakluk kepada perubahan.


Semoga Tarikh Penting Permohonan IPG 2016 Online ini dapat dijadikan panduan dalam membuat permohonan untuk menjadi guru ini.
Back to Top