-->

Type something and hit enter

Pages

Singapore Investment


On
Seperti yang diketahui, tajuk kerja kursus Geografi PT3 2016 adalah berkenaan Pengangkutan awam. Berikut adalah contoh jawapan lengkap yang boleh anda jadikan rujukan untuk menyiapkan kerja kursus Geografi PT3 2016 anda.

Jawapan Kerja Kursus Geografi PT3 2016



1.0) TAJUK                                                            
KAJIAN TENTANG PENGANGKUTAN AWAM, BAS DAN TEKSI DI LEMBAH  KERAMAT, AMPANG, SELANGOR

2.0) SENARAI KANDUNGAN
Bil                 Perkara                         Muka surat
1.                    Tajuk                             1
2.         Senarai kandungan                   2
3.          Penghargaan                            3
4.          Pendahuluan                          4
5.           Objektif Kajian                     5
6.           Kawasan Kajian                    6
7.            Kaedah Kajian                      7
8.            Dapatan Kajian                    8-22
9.           Rumusan                                23
10.         Lampiran                               24
11.          Rujukan                                25



3.0) PENGHARGAAN
  Saya,Mohamad Nasrul Nadzmi Bin Md Nizam,mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengetua, Pn. Hajah Muslimah Binti Tahir yang telah memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian ini. Ucapan terima  kasih juga saya tujukan kepada guru GEOGRAFI saya, Pn Hajah Hasidah Binti Ishak, yang telah memberikan bimbingan dan tunjuk ajar sehingga kajian ini selesai. Saya amat terhutang budi kepada kedua-dua ibu bapa saya yang telah memberikan dorongan dan semangat sepanjang kajian ini dibuat. Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada responden yang telah memberikan kerjasama kepada saya, iaitu rakan saya Hakim , Ismat , Faiz Hud yang telah bersama-sama menjalankan kajian ini.

4.0) PENDAHULUAN
  Saya, Mohamad Nasrul Nadzmi Bin Md Nizam, murid Tingkatan 3 Intan telah memilih tajuk “Pengangkutan Awam Bas dan Teksi di Lembah Keramat, Ampang, Selangor sebagai tajuk kajian saya kerana di kawasan ini terdapat banyak kemudahan pengangkutan awam seperti bus dan teksi. Ini telah memberi tumpuan kepada aspek mengenal pasti konsep pengangkutan awam di Lembah Keramat, menyatakan jenis-jenis pengangkutan awam dan kepentingan perkembangan pengangkutan awam. Menghuraikan masalah perkembangan pengangkutan awam dan mencadang untuk mengurangkan masalah perkembangan pengangkutan awam. Mengenal pasti penerapan nilai atau unsur patriotism dalam dapatan kajian. Saya memilih kawasan ini kerana saya tinggal di sini. Jaraknya yang dekat dengan rumah saya, iaitu 5 kilometer memudahkan kajian yang dibuat.


5.0) OBJEKTIF KAJIAN
a)              Mengenal pasti konsep pengangkutan awam
b)         Menyatakan jenis-jenis pengangkutan awam
c)         Mengenal pasti kepentingan perkembangan pengangkutan awam                            
d)          Menghuraikan masalah perkembangan pengangkutan awam
e)         Menyatakan cadangan untuk mengurangkan masalah perkembangan pengangkutan                  awam
f)         Mengenal pasti penerapan nilai murni atau unsur patriotism dalam dapatan kajian

6.0) KAWASAN KAJIAN
   Kawasan kajian saya terletak di Lembah Keramat.Lembah keramat terletak dalam daerah Ampang Jaya iaitu salah satu daerah dalam jajahan Negeri Selangor,Darul Ehsan. Dikawasan ini terdapat banyak taman seperti Taman Permata, Taman Keramat, UKay Perdana dan Bukit Antarabangsa.

     Kawasan Lembah Keramat ini terletak di arah Tenggara dari Bandar Kuala Lumpur. Pandang  darat fizikal kawasan ini terletak  di kawasan tanah pamah yang rata, sesuai untuk pembinaan jalan pengangkutan  dan petempatan. Oleh sebab itu, kawasan ini menjadi tumpuan penduduk untuk menggunakan pengangkutan awam.

     Jarak mutlak antara Lembah Keramat dengan Kuala Lumpur ialah 15 kilometer. Jarak relative masa yang diambil dengan menaiki bas ialah 30 minit ke Bandar Kuala Lumpur.


7.0) KAEDAH KAJIAN
   Saya menggunakan beberapa kaedah kajian dalam menjayakan  kajian ini.

1)     Kaedah Pemerhatian :
Saya telah membuat pemerhatian jenis-jenis pengangkutan awam yang  terdapat di Lembah Keramat, Ampang, Selangor.

2)     Kaedah Temu Bual   :
     Melalui kaedah ini saya telah menemubual 3 orang pemandu Bas Rapid KL untuk         mendapatkan maklumat tentang kepentingan pengangkutan awam , asalah perkembangan            pengangkutan  awam  dan mendapatkan maklumat tentang cadangan mengatasi masalah      tersebut.

3)     Kaedah Soal Selidik  :
      Seramai 20 orang pemandu bas telah  saya temui untuk menjawab soalan kajian dari       borang  soal selidik yang telah saya reka dalam borang  tersebut, terdapat beberapa    soalan berkenaan kepentingan masalah pengangkutan awam

4)     Kaedah Rujukan  :
Saya telah menggunakan internet dengan   membuat rujukan di Wikipedia bagi  mencari definisi dan huraian tentang konsep pengangkutan awam..
                                         

8.0) DAPATAN KAJIAN

8.1) Konsep Pengangkutan Awam Di Kawasan Kajian  
   Lembah Keramat, Ampang Selangor Darul Ehsan menurut Wikipedia, pengangkutan awam atau transit awam merangkumi segala sistem. Pengangkutan yang mana penumpang tidak bergerak menggunakan pengangkutan sendiri. Meskipun istilah-istilah tersebut secara amnya dianggap sebagai termasuk perkhidmatan  rel dan bas , definisi yang lebih luas boleh merangkumi perkhidmatan penerbangan berjadual, rel, teksi dan mana-mana system yang mengangkut orang awam termasuklah perkhidmatan komuter, LRT atau monorel
    Pengangkutan awam ini juga merupakan jenis pengangkutan utama di Lembah Keramat, Ampang Selangor, Darul Ehsan. Pengangkutan awam sangat penting terutamanya bagi mereka yang tidak mempunyai kenderaan sendiri atau berpendapatan rendah, kebanyakan daripada mereka iailah penuntut kolej, pelajar sekolah, operator kilang dan  sebagainya . Di Lembah Keramat pengangkutan awam penduduk disini ialah bas.


8.2) Jenis Pengangkutan Awam Di Kawasan Kajian
   Jenis pengangkutan awam di Lembah Keramat, Ampang Selangor ialah bas dan teksi.Pengangkutan bas yang terdapat disini ialah bas henti-henti, bas sekolah dan bas kilang. Pengangkutan bas sekolah sangat penting terutamanya  bagi pelajar sekolah yang memerlukan pengangkutan ini setiap hari persekolahan, manakala bas henti-henti pula untuk para pelajar kolej, pekerja kilang serta suri rumah yang ingin membeli barangan keperluan rumah di pasar raya yang berhampiran dengan rumah seperti Giant, Carefour, Hero dan sebagainya..
    Di kawasan ini juga terdapat stesen bas utama iaitu Wangsa Maju yang terletak kira-kira 2 kilometer sahaja dikawasan ini. Teksi pula sangat penting bagi mereka yang memerlukan pengangkutan awam segera kerana teksi boleh terus sampai ke destinasi atau di hadapan rumah penduduk ini.


8.3) Kepentingan Perkembangan Pengangkutan Awam Di        Kawasan Kajian
        -Kepentingan Pengangkutan Awam Di Lembah                Keramat Ampang Selangor Adalah Seperti Berikut :
1) Mengangkut Penumpang :-
   Melalui pemerhatian, saya mendapati bahawa pengangkutan awam di Lembah Keramat ini sangat penting untuk mengangkut  penumpang. Saya sendiri kadang kala jika pulang ke rumah dari  sekolah akan menggunakan pengangkutan ini. Saya akan menggunakan pengangkutan bas henti-henti untuk pulang ke rumah. Jika keadaan mendesak, saya akan mendapatkan perkhidmatan teksi di luar pagar sekolah saya untuk balik ke  rumah saya di AU3/7A. Berdasarkan temubual saya, pelajar kelas saya menggunakan kenderaan awam seperti dalam jadual di bawah.  





Jadual: Jumlah murid kelas 3 Intan menggunakan
              pengangkutan awam ke sekolah
Kenderaan awam  - 5
Bas sekolah  - 5
Bas henti-henti  7
Teksi  - 3


Graf Bar: Jumlah murid kelas 3 Intan menggunakan
                  Pengangkutan awam ke sekolah
               
( buat graf bar...)

2)  Mengurangkan Kesesakan Lalu Lintas
   Melalui pemerhatian yang dilakukan, saya dapati bahawa kita  menggunakan pengangkutan awam ini akan dapat  mengurangkan kesesakan lalu lintas. Ini terjadi jika kebanyakan penduduk di Lembah Keramat menggunakan pengangkutan awam, ia akan  menggunakan penggunaan kenderaan di jalan raya kerana kapasiti bas itu sendiri yang boleh memuatkan sejumlah lebih dari 5 orang bagi sebuah bas.Ini akan dapat mengurangkan kesesakan  jalan raya  terutama di kawasan Lembah Keramat ini yang begitu  padat dengan penduduk kerana terdapat banyak kawasan  perumahan disini seperti Taman Permata,Taman Sri Keramat Tengah,Ukay Perdana dan Bukit Antarabangsa.

3)  Menjimatkan Kos
   Melalui pemerhatian saya sendiri dengan menggunakan  pengangkutan awam akan menjimatkan kos. Ini berlaku    kepada diri saya sendiri, jika ibu bapa saya tidak dapat mengambil saya di  sekolah, saya balik sendiri dengan menaiki penganggkutan awam seperti bas. Jika saya menggunakan  bas, kos yang ditanggung lebih rendah daripada menaiki teksi.




4)  Sumber Pendapatan
   Melalui temubual saya dengan pemandu bas henti-henti, iaitu Muhd Yusof Bin Ismail. Dengan adanya pengangkutan awam ini akan memberikan peluang pekerjaan kepada mereka. Seterusnya  menambahkan pendapatan penduduk. Begitu juga dengan   temubual  saya dengan Puan Zaharah Binti Muhd Zamir yang merupakan pengusaha bas sekolah. Dengan perkhidmatan bas sekolah sahaja telah meningkatkan sumber pendapatan mereka sekeluarga dan kini beliau telah memiliki 3 buah bas sekolah setelah memulakan perkhidmatan  tersebut sejak 6 tahun yang lalu.
   Saya sebagai penduduk Lembah Keramat, Ampang Selangor  sangat bersyukur kerana dengan adanya pengangkutan awam ini telah mengungtungkan pemandu bas dan teksi. Selain itu,  pengangkutan awam ini telah memberi pelbagai impak positif kepada penduduk di sini.



8.4)Masalah Pengangkutan Awam Dikawasan Kajian
        -Masalah Pengangkutan Awam di Lembah         Keramat,Ampang Selangor ialah seperti berikut:

     1) Pencemaran Udara
   Melalui pemerhatian, saya mendapati bahawa pengangkutan awam ini akan meningkatkan pencemaran udara. Lebih-lebih lagi pengangkutan awam yang menggunakan minyak diesel yang  menyebabkan bas mengeluarkan asap yang lebih banyak          berbanding minyak petrol tanpa plumbum yang lebih bersih,  penggunaan minyak diesel ini akan menambahkan pengeluaran karbon monoksida yang akan mencemarkan udara.  Pencemaran udara ini akan menyebabkan kesihatan penduduk terjejas.

2) Pencemaran Bunyi
   Melalui pemerhatian yang saya jalankan juga, sepanjang saya menggunakan pengangkutan awam terutama bas, pemandu bas gemar membunyikan hon yang amat kuat dan bunyi enjin yang kuat juga akan menyebabkan pencemaran bunyi berlaku. Ini menyebabkan  penduduk di Lembah keramat ini berasa bimbang dengan bunyi tersebut kerana mengganggu ketenteraman penduduk di sini.

3) Tambang Mahal
   Melalui temubual saya dengan Encik Yusof , beliau menyatakan  bahawa tambang bas semakin mahal dari tahun ke tahun. Tambang bas dari Lembah Keramat ke Kuala Lumpur juga semakin meningkat, iaitu sebanyak RM 1.90 sehala berbanding dahulu RM 1.50 sahaja.
Selain itu tambang bas sekolah pula sebanyak RM 60.00 sebulan

4) Kemalangan
    Melalui pemerhatian juga, saya mendapati kemalangan sering berlaku disebabkan oleh sikap pemandu bas dan teksi yang tidak berhati-hati apabila memandu. Akibat inginkan keuntungan semata-mata, para   pemandu bas akan memandu dengan laju agar cepat sampai di destinasi dan mendapat ramai penumpang sehingga mereka memandu dengan tidak berhati-hati dan berhemah sehingga menyebabkan kemalangan terjadi.

5) Kenderaan Lama
   Melalui pemerhatian saya juga, saya mendapati bahawa kebanyakan bas terutama bas henti-henti merupakan kenderaan lama. Ini dapat dilihat apabila bas ini sering kali mengalami kerosakkan dan tersadai di tepi jalan. Penumpang juga terpaksa mencari alternative lain, sama ada menunggu bas lain,meminta bantuan keluarga atau rakan  untuk ke destinasi yang dituju. Kenderaan lama ini juga menyebabkan sering kali mengalami kerosakan enjin dan brek dan menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya.
            Saya sebagai penduduk Lembah Keramat tetap bersyukur walaupun terdapat banyak masalah kerana adanya pengangkutan awam ini telah membantu penduduk disini bergerak ke tempat  lain dan memudahkan mobiliti penduduk di sini.
8.5) Cadangan Untuk Mengurangkan Masalah              Pengangkuatan Awam Di Kawasan Kajian
        -Cadangan untuk mengurangkan masalah                      pengangkutan awam di Lembah Keramat, Ampang Selangor ialah:-
1) Penguatkuasaan Undang-Undang
   Pihak berwajib seperti Jabatan Pengangkutan Awam perlulah menguatkuasakan undang-undang agar pemandu bas yang  melakukan kesalahan, iaitu menyebabkan kemalangan jalan raya dikenakan denda yang setimpal dengan perbuatan mereka. Jika kesalahan mereka berat sehingga menyebabkan kematian, mereka mestilah dihukum penjara agar mereka sedar akan perbuatan mereka dan memberi pengajaran kepada pemandu lain agar tidak mengulangi perbuatan sedemikian.

2) Kempen Alam Sekitar
   Melalui temu bual saya dengan Encik Shafeeq Bin Zulfiqha, beliau menyatakan bahawa kempen alam sekitar perlu diwar-warkan kepada penduduk di kawasan ini serta pemandu-pemandu bas yang terlibat agar mereka tidak terus mencemarkan udara dan bunyi,       kempen mencintai alam sekitar ini boleh disampaikan melalui risalah atau disiarkan di televisyen dan radio

3) Pendidikan Alam Sekitar
   Melalui temubual juga, saya mendapati bahawa pendidikan alam sekitar sangat penting dilaksanakan bagi penduduk di sini terutama yang terlibat dengan pengangkutan awam agar dapat mengurangkan pencemaran udara. Pendidikan ini boleh disampaikan oleh pihak tertentu seperti Majlis Penbandaraan Ampang Jaya (MPAJ) melalui ceramah yang boleh diberikan kepada semua pemandu kenderaan awam ataupun melalui facebook MPAJ sendiri.


4) Penggunaan Petrol Tanpa Plumbum
   Melalui pemerhatian, saya mendapati pencemaran udara ini akan dapat mengurangkan pengeluaran asap dan secara tidak langsung  mengurangkan pengeluaran karbon monoksida yang boleh mencemarkan udara.


5) Penapis Asap ( Cataliytic Converter )
   Pengguaan penapis asap atau catalytic converter juga akan mengurangkan pengeluaran asap dan akhirnya akan mengurangkan pencemaran udara. Para pengusaha bas perlu bersama-sama menggunakan penapis asap ini ataupun terpaksa mengeluarkan sedikit kos dan tidak  memikirkan keuntungan semata-mata.
               Saya berbangga kerana penduduk di Lembah Keramat, Ampang Selangor menyedari kesan-kesan yang menjejaskan kemapanan alam sekitar di sekeliling kawasan ini disebabkan dengan pengangkutan awam dan mereka bersungguh-sungguh serta bekerjasama untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin.



9.0) RUMUSAN
   Sebagai kesimpulan, jenis pengangkutan yang terdapat di Lembah Keramat,Ampang Selangor ini adalah pengangkutan bas. Pengangkutan bas ini mempunyai banyak kepentingan.  Antaranya ialah untuk mengangkut penumpang, mengurangkan kesesakan lalu lintas, menjimatkan kos dan menambahkan sumber pendapatan.
   Kajian ini juga dapat mengenal pasti masalah pengangkutan awam seperti pencemaran udara , pencemaran bunyi, kemalangan, tambang mahal dan masalah keselamatan penumpang terancam dan masalah kenderaan lama.
   Saya juga mencadangkan beberapa langkah untuk mengatasi masalah pengangkutan awam, antaranya penguatkuasa undang-undang, kempen alam sekitar, pendidikan alam sekitar, penggunaan petrol tanpa plumbum dan penapis asap ( catalytic converter ).
   Terdapat banyak kitar yang saya pelajari dan dapat terapkan dalam diri saya semasa menjalankan kajian ini. Antara nilai tersebut adalah seperti mencintai alam sekitar, bersyukur dan menjadi warga penduduk yang lebih bertanggungjawab..


11.0) RUJUKAN
11.1) Buku Teks
Latifah Mahmud & Samsiah Ahmad, 2003. Geografi Tingkatan 2.    
Kuala Lumpur.Edaran Kemajuan (M) Sdn. Bhd.
11.2) Laman Web
        www.wikipedia.org/wiki/pengangkutanawam
11.3) Melawat Tempat Kajian
          Stesen bas Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
11.4) Orang Sumber
          a) Pemandu Bas Sekolah
                 Puan Zahara Binti Zamir
10,Jalan AU4/11 Taman Lembah Keramat 54200  Kuala Lumpur.
                          b) Pengusaha Van Sekolah
                                        Encik Muhd Yusof Bin Ismail
                                                No 38,Jalan AU5C/4 Taman Lembah Keramat 54200 Kuala Lumpur.

Contoh Jawapan Kerja Kursus Geografi PT3 2016
http://nasrulnadzmi.blogspot.my/
Back to Top