-->

Type something and hit enter

Pages

Singapore Investment


On

Kerja kursus Geografi Pentaksiran Tingkatan 3 PT3. Khusus buat pelajar tingkatan 3, kerja kursus Geografi wajib disipakan bagi melengkapkan komponen PT3 Geografi.

Berikut adalah maklumat yang perlu anda tahu berkenaan kerja kursus Geografi PT3 2016.


Kerja Kursus Geografi PT3 2016

Tajuk: Pengangkutan Awam . “Kajian kes melibatkan sistem pengangkutan di kawasan tempat tinggal atau di sekitar sekolah anda”
Tarikh pelaksanaan : 17 Julai 2016 - 29 Julai 2016



Pengangkutan Awam Kerja Kursus Geografi PT3 2016

1. Tajuk:

Anda dikehendaki untuk menulis berkenaan pengangkutan awam di tempat atau kawasan sekolah anda.


2. Senarai isi Kandungan

Senaraikan setiap isi kandaungan kerja kursus anda dari muka 1 hingga muka surat akhir.

3. Penghargaan

Nyatakan penghargaan anda kepada pihak ataupun individu yang terlibat dalam menjayakan kerja kursus anda.

4. Pendahuluan.

Buat pendahuluan mengenai kajian anda. Sebagai contoh,

" Kawasan kajian yang saya pilih untuk melaksanakan Kerja kursus geografi PT3 2016 adalah ........ Melalui kerja kursus ini saya dapat menambah pengetahuan mengenai sistem pengangkutan awam di Malaysia. Selain itu, saya juga dapat mengetahui peranan dan kelemahan sistem pengangkutan awam... ( sambung mengikut ayat anda)

5. Objektif Kajian

Nyatakan tujuan dan objektif kajian anda. Selalunya objektif kajian adalah berdasarkan perkara-perkara yang ingin dikaji. berikut adalah beberapa contoh objektif kajian.


  • Mengetahui konsep takrifan pengangkutan awam.
  • Untuk mengenalpasti jenis-jenis pengangkutan awam di kawasan kajian.
  • Untuk mengetahui latar belakang pengangkutan awam.
  • Mengenalpasti masalah penngangkutan awam.
  • Menncadangkan penyelesaian masalah yang dihadapi pengangkutan awam.
6. Kawasan kajian

Huraikan dengan terperinci kawasan kajian yang telah anda pilih Sebagai contoh kawasan bandar , pekan, kampung anda.

7. Kaedah kajian

Kaedah kajian yang digunakan untuk kerja kursus Geografi adalah melalui pemerhatian, temubual, kaji selidik.


8. Hasil Kajian

Berikut adalah hasil ataupun dapatan kajian yang perlu anda penuhi untuk menyempurnakan kerja kursus Geografi PT3 2016 ini.




  • Konsep dan Takrifan Sistem Pengangkutan
  • Jenis-jenis pengangkutan
  • Kepentingan pengangkutan di kawasan kajian
  • Masalah pengangkutan 
  • Bahan grafik untuk kajian seperi jadual, graf, carta pai, peta minda dan peta aliran. Hasil soal selidik di kawasan kajian boleh menghasilkan data yang kemudiannya ditukar dalam bentuk jadual dan graf
  • Cadangan penambahbaikan sistem pengangkutan.



  • 9. Rumusan Kajian

    Rumuskan hasil kajian anda dalam satu ayat/mukasurat. Sebagai contoh.
    Melalui kajian ini, saya mendapati bahawa pengangkutan awam di kawasan.....  digunakan untuk tujuan .....  Melalui pemerhatian .... 


    10. Rujukan

    Nyatakan semua rujukan anda.
    __________________________________________________________________
    Seperti yang diketahui, tajuk kerja kursus Geografi PT3 2016 adalah berkenaan Pengangkutan awam. Berikut adalah contoh jawapan lengkap yang boleh anda jadikan rujukan untuk menyiapkan kerja kursus Geografi PT3 2016 anda.

    Contoh Jawapan Kerja Kursus Geografi PT3 2016



    1.0) TAJUK                                                            
    KAJIAN TENTANG PENGANGKUTAN AWAM, BAS DAN TEKSI DI LEMBAH  KERAMAT, AMPANG, SELANGOR

    2.0) SENARAI KANDUNGAN
    Bil                 Perkara                         Muka surat
    1.                    Tajuk                             1
    2.         Senarai kandungan                   2
    3.          Penghargaan                            3
    4.          Pendahuluan                          4
    5.           Objektif Kajian                     5
    6.           Kawasan Kajian                    6
    7.            Kaedah Kajian                      7
    8.            Dapatan Kajian                    8-22
    9.           Rumusan                                23
    10.         Lampiran                               24
    11.          Rujukan                                25



    3.0) PENGHARGAAN
      Saya,Mohamad Nasrul Nadzmi Bin Md Nizam,mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengetua, Pn. Hajah Muslimah Binti Tahir yang telah memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian ini. Ucapan terima  kasih juga saya tujukan kepada guru GEOGRAFI saya, Pn Hajah Hasidah Binti Ishak, yang telah memberikan bimbingan dan tunjuk ajar sehingga kajian ini selesai. Saya amat terhutang budi kepada kedua-dua ibu bapa saya yang telah memberikan dorongan dan semangat sepanjang kajian ini dibuat. Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada responden yang telah memberikan kerjasama kepada saya, iaitu rakan saya Hakim , Ismat , Faiz Hud yang telah bersama-sama menjalankan kajian ini.

    4.0) PENDAHULUAN
      Saya, Mohamad Nasrul Nadzmi Bin Md Nizam, murid Tingkatan 3 Intan telah memilih tajuk “Pengangkutan Awam Bas dan Teksi di Lembah Keramat, Ampang, Selangor sebagai tajuk kajian saya kerana di kawasan ini terdapat banyak kemudahan pengangkutan awam seperti bus dan teksi. Ini telah memberi tumpuan kepada aspek mengenal pasti konsep pengangkutan awam di Lembah Keramat, menyatakan jenis-jenis pengangkutan awam dan kepentingan perkembangan pengangkutan awam. Menghuraikan masalah perkembangan pengangkutan awam dan mencadang untuk mengurangkan masalah perkembangan pengangkutan awam. Mengenal pasti penerapan nilai atau unsur patriotism dalam dapatan kajian. Saya memilih kawasan ini kerana saya tinggal di sini. Jaraknya yang dekat dengan rumah saya, iaitu 5 kilometer memudahkan kajian yang dibuat.


    5.0) OBJEKTIF KAJIAN
    a)              Mengenal pasti konsep pengangkutan awam
    b)         Menyatakan jenis-jenis pengangkutan awam
    c)         Mengenal pasti kepentingan perkembangan pengangkutan awam                            
    d)          Menghuraikan masalah perkembangan pengangkutan awam
    e)         Menyatakan cadangan untuk mengurangkan masalah perkembangan pengangkutan                  awam
    f)         Mengenal pasti penerapan nilai murni atau unsur patriotism dalam dapatan kajian

    6.0) KAWASAN KAJIAN
       Kawasan kajian saya terletak di Lembah Keramat.Lembah keramat terletak dalam daerah Ampang Jaya iaitu salah satu daerah dalam jajahan Negeri Selangor,Darul Ehsan. Dikawasan ini terdapat banyak taman seperti Taman Permata, Taman Keramat, UKay Perdana dan Bukit Antarabangsa.

         Kawasan Lembah Keramat ini terletak di arah Tenggara dari Bandar Kuala Lumpur. Pandang  darat fizikal kawasan ini terletak  di kawasan tanah pamah yang rata, sesuai untuk pembinaan jalan pengangkutan  dan petempatan. Oleh sebab itu, kawasan ini menjadi tumpuan penduduk untuk menggunakan pengangkutan awam.

         Jarak mutlak antara Lembah Keramat dengan Kuala Lumpur ialah 15 kilometer. Jarak relative masa yang diambil dengan menaiki bas ialah 30 minit ke Bandar Kuala Lumpur.


    7.0) KAEDAH KAJIAN
       Saya menggunakan beberapa kaedah kajian dalam menjayakan  kajian ini.

    1)     Kaedah Pemerhatian :
    Saya telah membuat pemerhatian jenis-jenis pengangkutan awam yang  terdapat di Lembah Keramat, Ampang, Selangor.

    2)     Kaedah Temu Bual   :
         Melalui kaedah ini saya telah menemubual 3 orang pemandu Bas Rapid KL untuk         mendapatkan maklumat tentang kepentingan pengangkutan awam , asalah perkembangan            pengangkutan  awam  dan mendapatkan maklumat tentang cadangan mengatasi masalah      tersebut.

    3)     Kaedah Soal Selidik  :
          Seramai 20 orang pemandu bas telah  saya temui untuk menjawab soalan kajian dari       borang  soal selidik yang telah saya reka dalam borang  tersebut, terdapat beberapa    soalan berkenaan kepentingan masalah pengangkutan awam

    4)     Kaedah Rujukan  :
    Saya telah menggunakan internet dengan   membuat rujukan di Wikipedia bagi  mencari definisi dan huraian tentang konsep pengangkutan awam..
                                             

    8.0) DAPATAN KAJIAN

    8.1) Konsep Pengangkutan Awam Di Kawasan Kajian  
       Lembah Keramat, Ampang Selangor Darul Ehsan menurut Wikipedia, pengangkutan awam atau transit awam merangkumi segala sistem. Pengangkutan yang mana penumpang tidak bergerak menggunakan pengangkutan sendiri. Meskipun istilah-istilah tersebut secara amnya dianggap sebagai termasuk perkhidmatan  rel dan bas , definisi yang lebih luas boleh merangkumi perkhidmatan penerbangan berjadual, rel, teksi dan mana-mana system yang mengangkut orang awam termasuklah perkhidmatan komuter, LRT atau monorel
        Pengangkutan awam ini juga merupakan jenis pengangkutan utama di Lembah Keramat, Ampang Selangor, Darul Ehsan. Pengangkutan awam sangat penting terutamanya bagi mereka yang tidak mempunyai kenderaan sendiri atau berpendapatan rendah, kebanyakan daripada mereka iailah penuntut kolej, pelajar sekolah, operator kilang dan  sebagainya . Di Lembah Keramat pengangkutan awam penduduk disini ialah bas.


    8.2) Jenis Pengangkutan Awam Di Kawasan Kajian
       Jenis pengangkutan awam di Lembah Keramat, Ampang Selangor ialah bas dan teksi.Pengangkutan bas yang terdapat disini ialah bas henti-henti, bas sekolah dan bas kilang. Pengangkutan bas sekolah sangat penting terutamanya  bagi pelajar sekolah yang memerlukan pengangkutan ini setiap hari persekolahan, manakala bas henti-henti pula untuk para pelajar kolej, pekerja kilang serta suri rumah yang ingin membeli barangan keperluan rumah di pasar raya yang berhampiran dengan rumah seperti Giant, Carefour, Hero dan sebagainya..
        Di kawasan ini juga terdapat stesen bas utama iaitu Wangsa Maju yang terletak kira-kira 2 kilometer sahaja dikawasan ini. Teksi pula sangat penting bagi mereka yang memerlukan pengangkutan awam segera kerana teksi boleh terus sampai ke destinasi atau di hadapan rumah penduduk ini.


    8.3) Kepentingan Perkembangan Pengangkutan Awam Di        Kawasan Kajian
            -Kepentingan Pengangkutan Awam Di Lembah                Keramat Ampang Selangor Adalah Seperti Berikut :
    1) Mengangkut Penumpang :-
       Melalui pemerhatian, saya mendapati bahawa pengangkutan awam di Lembah Keramat ini sangat penting untuk mengangkut  penumpang. Saya sendiri kadang kala jika pulang ke rumah dari  sekolah akan menggunakan pengangkutan ini. Saya akan menggunakan pengangkutan bas henti-henti untuk pulang ke rumah. Jika keadaan mendesak, saya akan mendapatkan perkhidmatan teksi di luar pagar sekolah saya untuk balik ke  rumah saya di AU3/7A. Berdasarkan temubual saya, pelajar kelas saya menggunakan kenderaan awam seperti dalam jadual di bawah.  





    Jadual: Jumlah murid kelas 3 Intan menggunakan
                  pengangkutan awam ke sekolah
    Kenderaan awam  - 5
    Bas sekolah  - 5
    Bas henti-henti  7
    Teksi  - 3


    Graf Bar: Jumlah murid kelas 3 Intan menggunakan
                      Pengangkutan awam ke sekolah
                   
    ( buat graf bar...)

    2)  Mengurangkan Kesesakan Lalu Lintas
       Melalui pemerhatian yang dilakukan, saya dapati bahawa kita  menggunakan pengangkutan awam ini akan dapat  mengurangkan kesesakan lalu lintas. Ini terjadi jika kebanyakan penduduk di Lembah Keramat menggunakan pengangkutan awam, ia akan  menggunakan penggunaan kenderaan di jalan raya kerana kapasiti bas itu sendiri yang boleh memuatkan sejumlah lebih dari 5 orang bagi sebuah bas.Ini akan dapat mengurangkan kesesakan  jalan raya  terutama di kawasan Lembah Keramat ini yang begitu  padat dengan penduduk kerana terdapat banyak kawasan  perumahan disini seperti Taman Permata,Taman Sri Keramat Tengah,Ukay Perdana dan Bukit Antarabangsa.

    3)  Menjimatkan Kos
       Melalui pemerhatian saya sendiri dengan menggunakan  pengangkutan awam akan menjimatkan kos. Ini berlaku    kepada diri saya sendiri, jika ibu bapa saya tidak dapat mengambil saya di  sekolah, saya balik sendiri dengan menaiki penganggkutan awam seperti bas. Jika saya menggunakan  bas, kos yang ditanggung lebih rendah daripada menaiki teksi.




    4)  Sumber Pendapatan
       Melalui temubual saya dengan pemandu bas henti-henti, iaitu Muhd Yusof Bin Ismail. Dengan adanya pengangkutan awam ini akan memberikan peluang pekerjaan kepada mereka. Seterusnya  menambahkan pendapatan penduduk. Begitu juga dengan   temubual  saya dengan Puan Zaharah Binti Muhd Zamir yang merupakan pengusaha bas sekolah. Dengan perkhidmatan bas sekolah sahaja telah meningkatkan sumber pendapatan mereka sekeluarga dan kini beliau telah memiliki 3 buah bas sekolah setelah memulakan perkhidmatan  tersebut sejak 6 tahun yang lalu.
       Saya sebagai penduduk Lembah Keramat, Ampang Selangor  sangat bersyukur kerana dengan adanya pengangkutan awam ini telah mengungtungkan pemandu bas dan teksi. Selain itu,  pengangkutan awam ini telah memberi pelbagai impak positif kepada penduduk di sini.



    8.4)Masalah Pengangkutan Awam Dikawasan Kajian
            -Masalah Pengangkutan Awam di Lembah         Keramat,Ampang Selangor ialah seperti berikut:

         1) Pencemaran Udara
       Melalui pemerhatian, saya mendapati bahawa pengangkutan awam ini akan meningkatkan pencemaran udara. Lebih-lebih lagi pengangkutan awam yang menggunakan minyak diesel yang  menyebabkan bas mengeluarkan asap yang lebih banyak          berbanding minyak petrol tanpa plumbum yang lebih bersih,  penggunaan minyak diesel ini akan menambahkan pengeluaran karbon monoksida yang akan mencemarkan udara.  Pencemaran udara ini akan menyebabkan kesihatan penduduk terjejas.

    2) Pencemaran Bunyi
       Melalui pemerhatian yang saya jalankan juga, sepanjang saya menggunakan pengangkutan awam terutama bas, pemandu bas gemar membunyikan hon yang amat kuat dan bunyi enjin yang kuat juga akan menyebabkan pencemaran bunyi berlaku. Ini menyebabkan  penduduk di Lembah keramat ini berasa bimbang dengan bunyi tersebut kerana mengganggu ketenteraman penduduk di sini.

    3) Tambang Mahal
       Melalui temubual saya dengan Encik Yusof , beliau menyatakan  bahawa tambang bas semakin mahal dari tahun ke tahun. Tambang bas dari Lembah Keramat ke Kuala Lumpur juga semakin meningkat, iaitu sebanyak RM 1.90 sehala berbanding dahulu RM 1.50 sahaja.
    Selain itu tambang bas sekolah pula sebanyak RM 60.00 sebulan

    4) Kemalangan
        Melalui pemerhatian juga, saya mendapati kemalangan sering berlaku disebabkan oleh sikap pemandu bas dan teksi yang tidak berhati-hati apabila memandu. Akibat inginkan keuntungan semata-mata, para   pemandu bas akan memandu dengan laju agar cepat sampai di destinasi dan mendapat ramai penumpang sehingga mereka memandu dengan tidak berhati-hati dan berhemah sehingga menyebabkan kemalangan terjadi.

    5) Kenderaan Lama
       Melalui pemerhatian saya juga, saya mendapati bahawa kebanyakan bas terutama bas henti-henti merupakan kenderaan lama. Ini dapat dilihat apabila bas ini sering kali mengalami kerosakkan dan tersadai di tepi jalan. Penumpang juga terpaksa mencari alternative lain, sama ada menunggu bas lain,meminta bantuan keluarga atau rakan  untuk ke destinasi yang dituju. Kenderaan lama ini juga menyebabkan sering kali mengalami kerosakan enjin dan brek dan menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya.
                Saya sebagai penduduk Lembah Keramat tetap bersyukur walaupun terdapat banyak masalah kerana adanya pengangkutan awam ini telah membantu penduduk disini bergerak ke tempat  lain dan memudahkan mobiliti penduduk di sini.
    8.5) Cadangan Untuk Mengurangkan Masalah              Pengangkuatan Awam Di Kawasan Kajian
            -Cadangan untuk mengurangkan masalah                      pengangkutan awam di Lembah Keramat, Ampang Selangor ialah:-
    1) Penguatkuasaan Undang-Undang
       Pihak berwajib seperti Jabatan Pengangkutan Awam perlulah menguatkuasakan undang-undang agar pemandu bas yang  melakukan kesalahan, iaitu menyebabkan kemalangan jalan raya dikenakan denda yang setimpal dengan perbuatan mereka. Jika kesalahan mereka berat sehingga menyebabkan kematian, mereka mestilah dihukum penjara agar mereka sedar akan perbuatan mereka dan memberi pengajaran kepada pemandu lain agar tidak mengulangi perbuatan sedemikian.

    2) Kempen Alam Sekitar
       Melalui temu bual saya dengan Encik Shafeeq Bin Zulfiqha, beliau menyatakan bahawa kempen alam sekitar perlu diwar-warkan kepada penduduk di kawasan ini serta pemandu-pemandu bas yang terlibat agar mereka tidak terus mencemarkan udara dan bunyi,       kempen mencintai alam sekitar ini boleh disampaikan melalui risalah atau disiarkan di televisyen dan radio

    3) Pendidikan Alam Sekitar
       Melalui temubual juga, saya mendapati bahawa pendidikan alam sekitar sangat penting dilaksanakan bagi penduduk di sini terutama yang terlibat dengan pengangkutan awam agar dapat mengurangkan pencemaran udara. Pendidikan ini boleh disampaikan oleh pihak tertentu seperti Majlis Penbandaraan Ampang Jaya (MPAJ) melalui ceramah yang boleh diberikan kepada semua pemandu kenderaan awam ataupun melalui facebook MPAJ sendiri.


    4) Penggunaan Petrol Tanpa Plumbum
       Melalui pemerhatian, saya mendapati pencemaran udara ini akan dapat mengurangkan pengeluaran asap dan secara tidak langsung  mengurangkan pengeluaran karbon monoksida yang boleh mencemarkan udara.


    5) Penapis Asap ( Cataliytic Converter )
       Pengguaan penapis asap atau catalytic converter juga akan mengurangkan pengeluaran asap dan akhirnya akan mengurangkan pencemaran udara. Para pengusaha bas perlu bersama-sama menggunakan penapis asap ini ataupun terpaksa mengeluarkan sedikit kos dan tidak  memikirkan keuntungan semata-mata.
                   Saya berbangga kerana penduduk di Lembah Keramat, Ampang Selangor menyedari kesan-kesan yang menjejaskan kemapanan alam sekitar di sekeliling kawasan ini disebabkan dengan pengangkutan awam dan mereka bersungguh-sungguh serta bekerjasama untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin.



    9.0) RUMUSAN
       Sebagai kesimpulan, jenis pengangkutan yang terdapat di Lembah Keramat,Ampang Selangor ini adalah pengangkutan bas. Pengangkutan bas ini mempunyai banyak kepentingan.  Antaranya ialah untuk mengangkut penumpang, mengurangkan kesesakan lalu lintas, menjimatkan kos dan menambahkan sumber pendapatan.
       Kajian ini juga dapat mengenal pasti masalah pengangkutan awam seperti pencemaran udara , pencemaran bunyi, kemalangan, tambang mahal dan masalah keselamatan penumpang terancam dan masalah kenderaan lama.
       Saya juga mencadangkan beberapa langkah untuk mengatasi masalah pengangkutan awam, antaranya penguatkuasa undang-undang, kempen alam sekitar, pendidikan alam sekitar, penggunaan petrol tanpa plumbum dan penapis asap ( catalytic converter ).
       Terdapat banyak kitar yang saya pelajari dan dapat terapkan dalam diri saya semasa menjalankan kajian ini. Antara nilai tersebut adalah seperti mencintai alam sekitar, bersyukur dan menjadi warga penduduk yang lebih bertanggungjawab..


    11.0) RUJUKAN
    11.1) Buku Teks
    Latifah Mahmud & Samsiah Ahmad, 2003. Geografi Tingkatan 2.    
    Kuala Lumpur.Edaran Kemajuan (M) Sdn. Bhd.
    11.2) Laman Web
            www.wikipedia.org/wiki/pengangkutanawam
    11.3) Melawat Tempat Kajian
              Stesen bas Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
    11.4) Orang Sumber
              a) Pemandu Bas Sekolah
                     Puan Zahara Binti Zamir
    10,Jalan AU4/11 Taman Lembah Keramat 54200  Kuala Lumpur.
                              b) Pengusaha Van Sekolah
                                            Encik Muhd Yusof Bin Ismail
                                                    No 38,Jalan AU5C/4 Taman Lembah Keramat 54200 Kuala Lumpur.


    http://nasrulnadzmi.blogspot.my/
    Back to Top