-->

Type something and hit enter

Pages

Singapore Investment


On

Apakah itu ekonomi?

Sudah pasti banyak kali anda terdengar dan ternampak perkataan “ekonomi” apabila kita tengah “swipe” facebook ataupun dalam perbahasan antara orang-orang sekeliling seperti ahli-ahli politik.

Walaupun dah lama dan kerap kali kita mendengar perkataan tersebut, tetapi majoritinya masih tidak memahami apa sebenarnya yang dimaksudkan oleh perkataan EKONOMI ini.

Sebagai seorang manusia, tidak kisah perkerjaan, umur, jantina, kita semua merupakan tubuh ekonomi dan memainkan peranan yang penting dalam sesebuah ekonomi. Tujuan manusia mencari rezeki adalah untuk meneruskan kehidupan harian dengan memenuhi segala keperluan asas.


Ekonomi bermula apabila proses mencari rezeki bermula (dalam Bahasa Inggeris – TO GENERATE)
sehinggalah mendapat gaji dan membeli alat-alat keperluan hidup (dalam Bahasa Inggeris – TO CONSUME)

Sewaktu seseorang berbelanja, maka sebuah TRANSAKSI akan dijalankan yang diakibat oleh proses pembelian sesebuah product ataupun perkhidmatan daripada seorang penjual .

Bak kata Orang Eropah , ECONOMY IS A CYCLE

Kesemua TRANSAKSI-TRANSAKSI ini yang dijanakan akan bergabung dan berkitar-kitar dalam pasaran, justeru, proses pengitaran inilah yang membawa impak kepada masyarakat, dan hal ini digelarkan sebagai EKONOMI

Sekian, terima kasih



Untuk maklumat lanjut dan informasi terkini, marilah jbersama-sama menyertai  FB page

http://klse.i3investor.com/blogs/kuliahsaham/166771.jsp
Back to Top