-->

Type something and hit enter

Pages

Singapore Investment


On

SERBADK (5279) SERBA DINAMIK HOLDINGS BHD sasar kembali pulih dalam tempoh dua tahun

KUALA LUMPUR: Serba Dinamik Holdings Bhd menyasar untuk kembali ke landasan yang tepat dalam tempoh dua tahun akan datang, dengan beberapa operasi menunjukkan peningkatan tahun ke tahun yang positif, terutamanya segmen teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan pendidikan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Dr Abdul Karim Abdullah berkata walaupun berdepan tahun yang sukar dan mencabar akibat pandemik COVID-19, kumpulan itu berjaya mencapai prestasi munasabah yang boleh diterima bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2021.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) kumpulan itu yang dibuat secara maya pada Isnin.

Semasa AGM, Abdul Karim turut menjawab soalan daripada Kumpulan Pemantau Pemegang Saham Minoriti (MSWG) mengenai rosot nilai yang tinggi pada perdagangan belum terima.

"Kumpulan itu terpaksa bertindak 'dengan sangat tegas' untuk mengurangkan perdagangan belum terima berikutan kekangan masa dan sekatan perjalanan di negara-negara tertentu yang mana kumpulan itu beroperasi," katanya.

Perkembangan terkini yang signifikan ialah keputusan kumpulan untuk menyerahkan pelan penstrukturan semulanya, termasuk isu yang berkaitan dengan penstrukturan semula hutang dan kekal berdaya saing dalam iklim perniagaan semasa.

– Bernama

https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2022/02/918082/serba-dinamik-sasar-kembali-pulih-dalam-tempoh-dua-tahun

Back to Top