-->

Type something and hit enter

Pages

Singapore Investment


On

 MBSB 1171 MALAYSIA BUILDING SOCIETY BERHAD rekod keuntungan lebih rendah RM142.29 juta

Malaysia Building Society Bhd (MBSB)

KUALA LUMPUR: Malaysia Building Society Bhd (MBSB) mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah sebanyak RM142.29 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2022 daripada RM403.41 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Perolehan turun kepada RM656.27 juta daripada RM664.94 juta sebelumnya, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Ia berkata, kumpulan itu merekodkan perbelanjaan operasi yang lebih tinggi berbanding suku kedua 2021, kebanyakannya disebabkan oleh peningkatan dalam perbelanjaan kakitangan dan kos penubuhan seperti susut nilai ibu pejabat baharu dan penyelenggaraan perisian atau perkakasan yang lebih tinggi.

Jumlah pinjaman, pendahuluan dan pembiayaannya meningkat 1.8 peratus kepada RM36.8 bilion pada 30 Jun 2022, disumbangkan kebanyakannya oleh pertumbuhan pembiayaan hartanah dalam segmen pengguna dan perniagaan perdagangan dalam segmen korporat manakala jumlah deposit berjumlah RM33.0 bilion.

Melangkah ke hadapan, MBSB berkata kumpulan itu akan menumpukan terhadap melaksanakan dan menyampaikan komitmennya kepada pemegang saham selaras dengan Pelan Hala Tuju Perjalanan 2025 kumpulan.

"MBSB menyasarkan untuk menambah baik pembabitannya dalam sektor kewangan berikutan persekitaran pembiayaan yang bertambah baik seperti yang dibuktikan oleh pertumbuhan kukuh dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada suku kedua 2022," katanya.

Kumpulan itu berkata, ia akan menyelesaikan pelaksanaan matlamat, inisiatif dan sasaran rangka kerja kemampanan menjelang akhir tahun 2023 serta membangunkan keupayaan dalaman untuk pengiraan pelepasan yang dibiayai.

-BERNAMA
https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2022/08/992843/mbsb-rekod-keuntungan-lebih-rendah-rm14229-juta

Back to Top