-->

Type something and hit enter

Pages

Singapore Investment


On

 CAELY 7154 CAELY HOLDINGS BHD  cadang beli syarikat hartanah

KUALA LUMPUR: Pengeluar pakaian dalam wanita, Caely Holdings Bhd (Caely) bercadang untuk mengambil alih 2.76 peratus baki kepentingan di dalam syarikat hartanah, Kepayang Heights Sdn Bhd (KHSB) selepas tempoh setahun daripada cadangan pengambilalihan 97.24 peratus kepentingan ekuiti itu selesai.

Caely berkata pertimbangan pembelian akan ditentukan kemudian.

Syarikat itu berkata, cadangan perbelanjaan tunai RM17 juta yang dibayar kepada vendor, Harvest Miracle Capital Bhd, untuk kepentingan ekuiti 97.24 peratus yang akhirnya diperbesarkan dalam KHSB ditentukan berdasarkan nilai pasaran RM18.5 juta daripada tanah KHSB seluas 7.97 hektar di Bentong, Pahang.

"Sebanyak RM17 juta perlu dibayar kepada vendor dan RM1.5 juta disuntik ke dalam syarikat itu.

"Oleh itu, premium tidak akan dibayar untuk cadangan pengambilalihan kerana RM17 juta mewakili 5.5 peratus diskaun ke atas nilai pasaran tanah itu," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.

Daripada anggaran aliran keluar tunai RM18.5 juta, sekitar RM12.95 juta (70 peratus) dijangka dibiayai oleh pinjaman bank, manakala baki RM4.05 juta dan harga langganan saham KHSB sebanyak RM1.5 juta akan dibiayai melalui dana yang dijana secara dalaman.

-BERNAMA

https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2022/11/1021716/caely-cadang-beli-syarikat-hartanah

Back to Top