-->

Type something and hit enter

Pages

Singapore Investment


On

MQTech, Jiankun kaunter saham berkaitan Zahid dijangka raih perhatian

Gambar hiasan. - NSTP/HAZREEN MOHAMAD

KUALA LUMPUR: Advance Synergy Bhd (ASB), kaunter yang dikatakan berkait dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi tumpuan pasaran sejak beberapa minggu kebelakangan ini sebelum pelantikan rasminya sebagai yang Perdana Menteri Malaysia Ke-10.

ASB telah melonjak hampir 400 peratus daripada paras terendah 6.5 sen pada 4 November lalu iaitu selepas parlimen kita dibubarkan, kepada paras tertinggi 32 sen pada 24 November lalu, iaitu bertepatan dengan tarikh pelantikan Anwar sebagai PM.

Ungkapan lazim diperkatakan "Beli berdasarkan khabar angin dan jual berdasarkan fakta." Soalan seterusnya di fikiran adalah, "Kaunter berkaitan politik manakah yang akan menjadi seterusnya?"

Jawapannya bergantung kepada siapa Timbalan Perdana Menteri (DPM) seterusnya. Parti utama kerajaan perpaduan ialah Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN). Memandangkan PM daripada PH, maka tidak terlalu jauh untuk mengharapkan TPM seterusnya adalah dari kem BN.

Pemimpin BN semasa adalah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan terdapat khabar angin kuat bahawa beliau kemungkinan besar akan menjadi individu yang akan dilantik.

Justeru, MQ Technology Bhd (MQTech) dan Jiankun International Bhd (Jiankun) kedua-duanya dikaitkan dengan Zahid.

Ia susulan Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid, anak perempuan Zahid, ialah ahli Lembaga Pengarah MQTech manakala menantu Zahid iaitu Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff pula adalah ahli Lembaga Pengarah Jiankun.

Ia sekali gus menjadikan dua kaunter ini menarik untuk dipantau sama ada mampu mengulangi prestasi yang sama seperti ASB pada hari-hari mendatang.

Jumaat lalu, MQTech ditutup pada 4 sen dengan 17.4 juta saham diniagakan, manakala Jiankun ditutup pada 21.5 sen. Malah jika sejarah seperti ASB berulang, terdapat pelabur yang mensasarkan harga MQTech berpotensi meningkat kepada sekitar 20 sen manakala Jiankun dijangka mencecah RM1.00.

Meskipun jika prestasi dua kaunter ini adalah separuh daripada prestasi ASB, kenaikan harga sepatutnya cukup lumayan untuk menarik perhatian yang ketara untuk membawa kedua-dua kaunter ini dalam senarai 10 teratas dari segi jumlah dagangan harian.

https://www.bharian.com.my/bisnes/pasaran/2022/11/1032809/mqtech-jiankun-kaunter-saham-berkaitan-zahid-dijangka-raih-perhatian

Back to Top