-->

Type something and hit enter

Pages

Singapore Investment


On

Syarikat induk Meta Platforms Inc NASDAQ: FB Facebook hilang RM1 trilion dalam sehari

Saham Meta dan syarikat teknologi lain menjunam teruk pada Khamis - Foto Bloomberg

NEW YORK: Kejatuhan dalam tempoh sehari Meta Platforms Inc kini adalah yang terburuk dalam sejarah pasaran saham.

Syarikat induk Facebook itu menjunam 26 peratus pada Khamis berikutan keputusan perolehan yang mengecewakan dan kehilangan kira-kira AS$251.3 bilion (RM1 trilion) nilai pasaran.

Ia penurunan nilai pasaran terbesar dalam sejarah mana-mana syarikat Amerika Syarikat (AS).

Walaupun saham Meta akan melantun semula beberapa hari lagi terutama di tengah-tengah turun naik yang membelenggu sektor teknologi tahun ini, mood di Wall Street bertukar muram terhadap saham itu yang dianggap bintang di pasaran sejak sekian lama.

Penganalisis menganggap persaingan sengit yang dihadapi oleh Meta daripada pesaing dan pendapatan yang diraih di bawah jangkaan adalah punca kebimbangan itu.

Penganalisis di firma pembrokeran Moffett Nathanson, Michael Nathanson, memberikan tajuk nota pasarannya 'Facebook: Bermulanya Sebuah Pengakhiran?'.

"Lukanya amat mendalam," tulisnya.

"Keputusan kewangannya memberikan satu tajuk berita dan bukan dengan cara yang baik."

Skala kejatuhan Facebook itu menggambarkan saiz syarikat-syarikat teknologi untuk menjadi gergasi dengan kuasa pasaran yang tidak pernah berlaku sebelum ini, malah mencetuskan drama apabila sahamnya menjunam.

"Banyak syarikat bermodal besar AS kini ditetapkan sebagai saham pertumbuhan. Mereka akan kehilangan lebih banyak nilai, terutama jika pertumbuhan menjadi persoalan," kata penasihat pelaburan kanan di Pictet Asset Management, Frederic Rollin.

Meta kini berada di tengah-tengah kesukaran, kata penganalisis di Truist Securities, Youssef Squali.

Saham Twitter Inc, Snap Inc and Pinterest Inc semuanya ditutup lebih rendah dan mengheret turun 4.2 peratus Nasdaq Index, kejatuhan terburuknya sejak September 2020.

Permodalan pasaran Meta setakat Rabu lalu ditutup pada kira-kira AS$900 bilion (RM3.75 trilion).

Ia adalah salah satu daripada syarikat teknologi bermodal besar Faang yang asal, termasuk syarikat induk Google, iaitu Alphabet Inc; Amazon.com Inc dan Apple Inc.

Ini bukan kali pertama saham Meta jatuh mendadak.

Sahamnya menjunam 19 peratus pada Julai 2018 apabila mencatatkan pertumbuhan pengguna yang perlahan, sehingga menyebabkan permodalan pasarannya susut AS$120 bilion (RM500 bilion).

Pada masa itu, ia mencatatkan rekod kehilangan nilai terbesar dalam masa sehari bagi syarikat AS.

-Bloomberg

https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2022/02/918719/syarikat-induk-facebook-hilang-rm1-trilion-dalam-sehari

Back to Top