-->

Type something and hit enter

Pages

Singapore Investment


On

Senarai dan Nama Menteri Kabinet Malaysia 2018 Pakatan Harapan. Pakatan Harapan (PH) berjaya dalam Pilihanraya Umum ke 14 tahun 2018. Pakatan Harapan diberi mandat untuk menerajui Kerajaan Persekutuan selama 5 tahun. Berikut adalah senarai menteri kabinet Malaysia yang terbaharu dan terkini pada tahun 2018.

Senarai Menteri Kabinet Malaysia Terkini Tahun 2018

Senarai akan dikemaskini sebaik sahaja nama-nama menteri diumumkan

 SIARAN AKHBAR PERDANA MENTERI MALAYSIA
………………………………………………………………………….
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara dan menyerahkan senarai nama Ahli Ahli Parlimen untuk dilantik sebagai Menteri Persekutuan yang baru.

Perlantikan itu adalah mengikut “perenggan (b) Fasal (2) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.”

Dr Mahathir telah diterima mengadap oleh Yang diPertuan Agong pada pukul 5 petang hari ini bersamaan 18 Mei 2018.

Senarai nama yang diserahkan kepada Yang diPertuan Agong adalah seperti berikut:

PERDANA MENTERI
1. Tun Dr Mahathir bin Mohamad TIMBALAN PERDANA MENTERI
2. Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail

MENTERI BERSATU:
3. Menteri Dalam Negeri: Tan Sri Muhyiddin bin Yassin (Pagoh)
4. Menteri Pendidikan: Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam)
5. Menteri Pembangunan Luar Bandar: Puan Rina Harun (Titiwangsa)

PKR
6. Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga: Datuk Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail (Pandan)
7. Menteri Hal Ehwal Ekonomi: Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali (Gombak)
8. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Datuk Zuraida Kamaruddin (Ampang)

DAP:
9. Menteri Kewangan: Lim Guan Eng (Bagan)
10. Menteri Pengangkutan: Anthony Loke Siew Fook (Seremban)
11. Menteri Komunikasi dan Multimedia: Gobind Singh Deo (Puchong)
12. Menteri Tenaga Manusia: Kulasegaran s/o V. Murugeson (Ipoh Barat)

AMANAH:
13. Menteri Pertahanan: Haji Mohamad bin Sabu (Kota Raja)
14. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani: Haji Salahuddin Ayub (Pulai)
15. Menteri Kesihatan: Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad (Kuala Selangor)

Yang diPertuan Agong telah memberi perkenan kepada nama-nama yang dicadangkan dan istiadat mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah rahsia sebagai Menteri Persekutuan akan diadakan pada hari Isnin, 21 Mei 2018 pukul 11.30 pagi di Istana Negara.

Terima kasih.
Senarai Menteri Kabinet Malaysia Terkini Tahun 2018

Dr Mahathir juga melantik beberapa tokoh terkemuka negara untuk menjadi anggota majlis penasihat kerajaan. Mereka ialah:
  • Tun Daim Zainuddin (bekas menteri kewangan)
  • Tan Sri Zeti Akhtar Aziz (bekas gabenor Bank Negara)
  • Tan Sri Mohd Hassan Marican (bekas presiden Petronas)
  • Robert Kuok (ahli perniagaan)
  • Prof Dr Jomo Kwame Sundaram (pakar ekonomi)

Rujukan Tambahan:

Senarai Nama Menteri Dan Timbalan Menteri sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei 2018.

Berikut adalah senarai nama kementerian dan menteri dalam kabinet kerajaan persekutuan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei 2018.
  1. Perdana Menteri
    • Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak
  2. Timbalan Perdana Menteri
    • Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi
  3. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Menteri:
    • Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir Bin Baharom (Hal Ehwal Agama)
    • Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
    • Datuk Joseph Entulu Anak Belaun
    • Dato' Seri Dr. Shahidan Bin Kassim
    • Senator Datuk Paul Low Seng Kuan
    • Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Bin Dahlan
    • Dato' Sri Hajah Nancy Binti Haji Shukri
    • Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
    • Dato' Sri Azalina Binti Othman Said
    • Dato' Seri Hishammuddin Bin Tun Hussein (Tugas-Tugas Khas)
    Timbalan Menteri:
    • Datuk Seri Razali Bin Ibrahim
    • Senator Dato' Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato' Dusuki (Hal Ehwal Agama)
    • Senator Dato' Sri Devamany A/L S Krishnasamy
  4. Kementerian Dalam Negeri
    • Menteri: Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi
    • Timbalan Menteri: Datuk Nur Jazlan Bin Mohamed
    • Timbalan Menteri: Tuan Masir Anak Kujat
  5. Kementerian Pengangkutan
    • Menteri: Dato’ Sri Liow Tiong Lai
    • Timbalan Menteri: Datuk Ab. Aziz Bin Kaprawi
  6. Kementerian Kesihatan
    • Menteri: Datuk Seri Dr. S. Subramaniam
    • Timbalan Menteri: Dato' Seri Dr. Hilmi Bin Haji Yahaya
  7. Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
    • Menteri: Datuk Seri Mah Siew Keong
    • Timbalan Menteri: Datuk Datu Nasrun Bin Datu Mansur
  8. Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
    • Menteri: Dato' Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz
    • Timbalan Menteri: Datuk Wira Mas Ermieyati Binti Samsudin
  9. Kementerian Pertahanan
    • Menteri: Dato' Seri Hishammuddin Bin Tun Hussein
    • Timbalan Menteri: Dato' Sri Mohd Johari Bin Baharum
  10. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
    • Menteri I: Dato' Sri Mustapa Bin Mohamed
    • Menteri II: Dato' Seri Ong Ka Chuan
    • Timbalan Menteri: Datuk Seri Haji Ahmad Bin Haji Maslan
    • Timbalan Menteri: Datuk Chua Tee Yong
  11. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
    • Menteri: Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
    • Timbalan Menteri: Dato’ Sri Dr. James Dawos Mamit
  12. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
    • Menteri: Dato' Sri Ahmad Shabery Bin Cheek
    • Timbalan Menteri: Dato' Sri Haji Tajuddin Bin Abdul Rahman
    • Timbalan Menteri: Tuan Nogeh Anak Gumbek
  13. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
    • Menteri: Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob
    • Timbalan Menteri: Datuk Alexander Nanta Linggi
    • Timbalan Menteri: Datuk Haji Ahmad Jazlan Bin Yaakub
  14. Kementerian Luar Negeri
    • Menteri: Dato’ Sri Anifah Bin Aman
    • Timbalan Menteri: Dato' Seri Reezal Merican Bin Naina Merican
  15. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
    • Menteri: Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau
    • Timbalan Menteri: Datuk Dr. Abu Bakar Bin Mohamad Diah
  16. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
    • Menteri: Dato' Sri Hajah Rohani Binti Haji Abdul Karim
    • Timbalan Menteri: Datuk Hajah Azizah Binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun
  17. Kementerian Kerja Raya
    • Menteri: Dato' Sri Haji Fadillah Bin Yusof
    • Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Binti Haji Abdul Rashid Shirlin
  18. Kementerian Sumber Manusia
    • Menteri: Dato' Sri Richard Riot Anak Jaem
    • Timbalan Menteri: Dato' Sri Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib
  19. Kementerian Wilayah Persekutuan
    • Menteri: Datuk Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor
    • Timbalan Menteri: Senator Dato' Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan
  20. Kementerian Pendidikan Tinggi
    • Menteri: Dato' Seri Haji Idris Bin Jusoh
    • Timbalan Menteri: Datuk Dr. Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin
  21. Kementerian Belia dan Sukan
    • Menteri: Brig Jen Khairy Jamaluddin Bin Abu Bakar
    • Timbalan Menteri: Datuk Seri Saravanan A/L Murugan
  22. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
    • Menteri: Dato' Seri Hamzah Bin Zainudin
    • Timbalan Menteri: Dato' Henry Sum Agong
  23. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
    • Menteri: Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar
    • Timbalan Menteri: Datuk Ir. Haji Hamim Bin Samuri
  24. Kementerian Pendidikan
    • Menteri: Dato' Seri Mahdzir Bin Khalid
    • Timbalan Menteri: Datuk P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan
    • Timbalan Menteri: Senator Datuk Chong Sin Woon
  25. Kementerian Komunikasi dan Multimedia
    • Menteri: Senator Datuk Seri Panglima Dr. Mohd Salleh Bin Tun Said Keruak
    • Timbalan Menteri: Dato' Sri Jailani Bin Johari
  26. Kementerian Kewangan
    • Menteri I: Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak
    • Menteri II: Datuk Seri Johari Bin Abdul Ghani
    • Timbalan Menteri: Senator Dato' Lee Chee Leong
    • Timbalan Menteri: Dato' Othman Bin Aziz
  27. Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
    • Menteri: Tan Sri Haji Noh Bin Omar
    • Timbalan Menteri: Datuk Wira Halimah Binti Mohd Sadique

Back to Top