-->

Type something and hit enter

Pages

Singapore Investment


On



Senarai dan Nama Menteri Kabinet Malaysia 2018 Pakatan Harapan. Pakatan Harapan (PH) berjaya dalam Pilihanraya Umum ke 14 tahun 2018. Pakatan Harapan diberi mandat untuk menerajui Kerajaan Persekutuan selama 5 tahun. Berikut adalah senarai menteri kabinet Malaysia Pakatan Harapan yang terbaharu dan terkini pada tahun 2018.

Senarai Menteri Kabinet Malaysia Pakatan Harapan 2018

Senarai akan dikemaskini sebaik sahaja nama-nama menteri diumumkan

 SIARAN AKHBAR PERDANA MENTERI MALAYSIA
………………………………………………………………………….
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara dan menyerahkan senarai nama Ahli Ahli Parlimen untuk dilantik sebagai Menteri Persekutuan yang baru.

Perlantikan itu adalah mengikut “perenggan (b) Fasal (2) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.”

Dr Mahathir telah diterima mengadap oleh Yang diPertuan Agong pada pukul 5 petang hari ini bersamaan 18 Mei 2018.

Senarai nama yang diserahkan kepada Yang diPertuan Agong adalah seperti berikut:

PERDANA MENTERI
1. Tun Dr Mahathir bin Mohamad TIMBALAN PERDANA MENTERI
2. Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail

MENTERI BERSATU:
3. Menteri Dalam Negeri: Tan Sri Muhyiddin bin Yassin (Pagoh)
4. Menteri Pendidikan: Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam)
5. Menteri Pembangunan Luar Bandar: Puan Rina Harun (Titiwangsa)

PKR
6. Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga: Datuk Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail (Pandan)
7. Menteri Hal Ehwal Ekonomi: Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali (Gombak)
8. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Datuk Zuraida Kamaruddin (Ampang)

DAP:
9. Menteri Kewangan: Lim Guan Eng (Bagan)
10. Menteri Pengangkutan: Anthony Loke Siew Fook (Seremban)
11. Menteri Komunikasi dan Multimedia: Gobind Singh Deo (Puchong)
12. Menteri Tenaga Manusia: Kulasegaran s/o V. Murugeson (Ipoh Barat)

AMANAH:
13. Menteri Pertahanan: Haji Mohamad bin Sabu (Kota Raja)
14. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani: Haji Salahuddin Ayub (Pulai)
15. Menteri Kesihatan: Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad (Kuala Selangor)

Yang diPertuan Agong telah memberi perkenan kepada nama-nama yang dicadangkan dan istiadat mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah rahsia sebagai Menteri Persekutuan akan diadakan pada hari Isnin, 21 Mei 2018 pukul 11.30 pagi di Istana Negara.

Terima kasih.

Senarai Menteri Kabinet Malaysia Pakatan Harapan 2018

Dr Mahathir juga melantik beberapa tokoh terkemuka negara untuk menjadi anggota majlis penasihat kerajaan.Mereka ialah:
  • Tun Daim Zainuddin (bekas menteri kewangan)
  • Tan Sri Zeti Akhtar Aziz (bekas gabenor Bank Negara)
  • Tan Sri Mohd Hassan Marican (bekas presiden Petronas)
  • Robert Kuok (ahli perniagaan)
  • Prof Dr Jomo Kwame Sundaram (pakar ekonomi)
Back to Top