-->

Type something and hit enter

Pages

Singapore Investment


On
Templat myPORTFOLIO Guru Semua Jawatan

Apakah itu myPORTFOLIO dan apakah yang harus dilakukan oleh setiap guru di sekolah mengenainya? Berikut dikongsikan contoh Templat myPORTFOLIO untuk guru buat rujukan semua. Kerajaan dari semasa ke semasa akan membuat penambahbaikan untuk memastikan pentadbiran dapat diuruskan dengan lancar dan berkesan. Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) bertanggungjawab dalam hal ini.


Templat myPORTFOLIO Guru Semua Jawatan
Pada 12 Julai 2018, MAMPU telah mengumumkan penggunaan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 4 Tahun 2018 myPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam. Ianya telah membatalkan PKPA Bil. 8/1991 Panduan Mengenai Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja serta PKPA Bil. 11/1991 Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Borang. Pekeliling ini adalah terpakai kepada setiap agensi Perkhidmatan Awam Persekutuan.

Apa itu myPortfolio?

myPortfolio merupakan satu kaedah pengurusan ilmu yang memberi penekanan terhadap pengupayaan minda setiap penjawat awam dalam kerangka organisasi berpembelajaran (learning organisation). Ianya digunakan sebagai dokumen rujukan rasmi yang menjelaskan maklumat pewujudan jawatan, proses kerja dan panduan menjalankan tugas bagi jawatan tersebut di dalam sesebuah organisasi. Ianya merupakan penambahbaikan kepada Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja yang diwujudkan bagi memastikan supaya tidak berlaku kesilapan dalam pelaksanaan tugas dan seterusnya dapat meningkatkan prestasi penyampaian perkhidmatan agensi Kerajaan.

Ciri-ciri myPortfolio 

  1. myPortfolio adalah dokumen rujukan pada peringkat jawatan dan jabatan;
  2. Setiap jawatan dalam sesebuah agensi mestilah mempunyai myPortfolio termasuk jawatan yang belum diisi;
  3. myPortfolio berasaskan bidang tugas dan tanggungjawab jawatan; dan
  4. myPortfolio mengandungi maklumat, panduan dan rujukan dalam mengendalikan tugas yang ditetapkan bagi sesuatu jawatan.

Pemantapan oleh myPortfolio 

Apakah pemantapan atau penambahbaikan yang dilakukan oleh myPortfolio? myPortfolio telah memperkenalkan satu elemen baharu, memansuhkan tiga komponen dan menambah baik tujuh aspek Fail Meja. Justeru kini terdapat 10 komponen baharu myPortfolio merangkumi maklumat yang perlu diketahui dan dirujuk oleh penjawat awam dalam melaksanakan tugas masing-masing seperti di bawah:
Bagi memahami pekeliling yang telah dikeluarkan dengan lebih lanjut, sila klik kepada pautan yang disediakan di bawah:
MAMPU juga telah menyediakan Templat myPortfolio bagi rujukan dan kemudahan para penjawat awam dan boleh didapati melalui pautan di bawah:

Contoh Templat myPortfolio Guru Semua Jawatan

Berita baik buat para guru di Malaysia, anda tidak perlu bersusah payah membuat atau mengisi satu persatu isi kandungan bagi myPortfolio jawatan masing-masing. Ini kerana guru-guru telah diarahkan untuk memuat turun templat mengikut jawatan dan tugas masing-masing seperti yang disediakan di bawah. Langkah seterusnya ialah para guru hanya perlu menyunting atau edit sahaja templat ini mengikut maklumat dan jawatan atau tugas yang disandang di sekolah masing-masing.

Muat Turun Templat myPortfolio Guru Semua Jawatan

1. MyPortfolio Proses dan Carta Alir
2. Guru Akademik Biasa Sekolah Rendah

3. Templat myPORTFOLIO Guru Akademik Biasa Sekolah Menengah

4. Guru Besar
5. Pengetua
6. Templat myPORTFOLIO Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Rendah
7. Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Menengah

8. Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Rendah

9. Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Menengah
10.  Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Rendah
11.  Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Menengah
12.  Guru Penolong Kanan Petang Sekolah Rendah
13.  Templat myPORTFOLIO Guru Penolong Kanan Petang Sekolah Menengah
14.  Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas
15.  Guru Penolong Kanan Tingkatan 6

16.  Guru Kaunseling

17.  Guru Media
18.  Guru Kanan Mata Pelajaran
19. Guru Data dan Maklumat
20. Anggota Kakitangan Perkhidmatan
PENAFIAN: Segala fail dan pautan templat yang disediakan di atas adalah hak milik pemilik asal. Kredit kepada sumber-sumber asal dan laman-laman sesawang yang lain.
Menerusi kenyataan di Portal MAMPU, setiap warga agensi perlu menyiapkan myPortfolio selewat-lewatnya pada 30 November 2018. Laporan pula perlu dihantar kepata MAMPU setiap 2 minggu sekali. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat para guru dan seterusnya membantu meningkatkan prestasi kecemerlangan sekolah mahupun organisasi.

Sumber: https://www.permohonan.my/templat-myportfolio/
Back to Top