-->

Type something and hit enter

Pages

Singapore Investment


On

HPPHB (0228): HPP HOLDINGS BERHAD cemerlang hari pertama di Bursa Malaysia(Dari kiri) Pengarah Eksekutif HPP Holdings Bhd, Ng Song Hoon; Pengarah Urusan Kumpulan, Kok Hon Seng; dan Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif, Lau Kim Wah pada majlis penyenaraian syarikat di Bursa Malaysia secara maya hari ini - Foto ihsan HPP

(Dari kiri) Pengarah Eksekutif HPP Holdings Bhd, Ng Song Hoon; Pengarah Urusan Kumpulan, Kok Hon Seng; dan Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif, Lau Kim Wah pada majlis penyenaraian syarikat di Bursa Malaysia secara maya hari ini - Foto ihsan HPP

KUALA LUMPUR: HPP Holdings Bhd yang muncul syarikat pertama disenaraikan di Bursa Malaysia tahun ini memulakan dagangan sulungnya dengan cemerlang apabila sahamnya melonjak kepada 57 sen bagi premium sebanyak 21 sen atau 58.3 peratus semasa dibuka pagi tadi.

Harga tawaran permulaan saham penyedia perkhidmatan pembungkusan menyeluruh itu adalah pada 36 sen sesaham.

Pada pembukaan dagangannya di Pasaran ACE, sebanyak 12.74 juta saham bertukar tangan.

HPP dalam satu kenyataan berkata, tawaran awam permulaan (IPO) syarikat itu menerima minat yang kukuh daripada pelabur awam dengan sahamnya terlebih langgan 33.44 kali.
Disyorkan Untuk Anda

Katanya, kumpulan akan mengumpulkan hasil kira-kira RM31.9 juta daripada IPO itu, yang mana RM13 juta akan digunakan untuk perbelanjaan modal seperti perolehan mesin cetak.

Katanya, sebanyak RM7.8 juta pula untuk pembayaran semula pinjaman bank, RM5.2 juta untuk modal kerja dan RM2 juta untuk perbelanjaan penjualan dan pemasaran.

"Perolehan selebihnya berjumlah RM3.9 juta akan dimanfaatkan untuk membiayai perbelanjaan IPO," katanya dalam satu kenyataan sempena majlis penyenaraian secara maya, semalam.

Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutifnya, Lau Kim Wah, berkata kumpulan bermula dengan sederhana dan berusaha gigih untuk membezakan dirinya menerusi kualiti, kebolehpercayaan dan kepakaran.

"Kami berperanan membuat percetakan pembungkusan yang berimpak untuk produk pelanggan. Kami juga berkemampuan mengubah visi menjadi pereka bentuk pembungkusan yang menarik bagi menyampaikan identiti jenama pelanggan kami kepada pengguna.

"IPO ini akan memberi kami platform untuk merealisasikan aspirasi dan mempercepat rancangan pengembangan. Ini juga akan melonjakkan status kami untuk menjadi sebahagian daripada syarikat bertaraf dunia seperti Bursa Malaysia," katanya.

https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2021/01/778117/hpp-cemerlang-hari-pertama-di-bursa-malaysia

Back to Top