-->

Type something and hit enter

On
V60 First Impression from basic user

Dari V50 ke V50S kemudian kembali ke V50, and then terus ke V60. Ni antara benda yang aku perasan 

1). Skrin & Saiz

Saiz besaq bak hang. Walaupun hanya 1080p tapi cun jugak, color reproduction lagi bagus dari V50 & V50S. 60hz mungkin agak ketinggalan bagi sesetengah user, tapi bagi aku takda problem UI still smooth untuk penggunaan seharian. Saiz tak dinafikan memang besar gila phone ni, berat pun terasa kalau pegang lama2. Bagi aku saiz V50 tu dah prefect

2). Battery

5000mAh dengan 1080p 60hz memang gila battery dia. Mudah2 dapat SOT 12jam+ dengan 2 days usage, memang susah nak bunuh phone ni, battery paling terbaik yang pernah pakai. V50/V50S dulu max 7-8jam pun dah cukup bagi aku, V60 battery memang win. 

3). Speaker

Padu, walaupun sound dia tak rich sangat tapi volume memang kuat. Memang puas tengok movie dengan skrin besar camni. 

4). Camera

Ada penambah baikkan dari V50/V50S. Dynamic range lebih ok, details pun boleh tahan jugak. Tak banyak sangat test camera sebab zaman PKP ni tak boleh nak jejalan kemana pun. Video pun stabil boleh tahan, tapi ultrawide aku lebih prefer V50 punya sebab ada 4K 60fps on automode, V60 ultrawide takat 4K30fps saja.

5). V series mana yang nak dibeli?

Bagi aku kalau yang paling value for money memang tak boleh lawan V50 la. Dalam 900-1k ikut kondisi, pandai cari boleh dapat lagi murah. Bayangkan dengan harga tu dapat SD855, 6GB RAM, 1440p Oled screen, Quad DAC yang padu gila, wireless charging, kamera yang mantap lepas masuk gcam, video camera performance yang tip top terutama 4K wide angle video pun dah smooth dan stabil. 

Tak tau dah nak tulis apa panjang2, apa2 pertanyaan boleh drop di komen. Jangan lupa tekan button like dan tekan button subscribe.

https://www.facebook.com/groups/307582896314256/permalink/1010958689310003/

Click to comment
Back to Top
Back to Top