-->

Type something and hit enter

Articles


Videos



On

DESTINI (7212): DESTINI BHD, PT INKA tinjau pasaran rel serantau

Kerjasama dengan PT INKA akan meningkatkan lagi keupayaan Destini dalam segmen rel - Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Destini Bhd memeterai Perjanjian Dasar Induk (HOA) dengan syarikat milik kerajaan Indonesia, PT Industri Kereta Api (PT INKA) bagi meneroka peluang dalam perniagaan rel dan projek infrastruktur berkaitan di Malaysia-Indonesia serta seluruh rantau ini.

Pemeteraian perjanjian itu adalah bersempena lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Indonesia.

PT INKA adalah pengeluar tren bersepadu sepenuhnya yang pertama membekalkan produknya ke pelbagai negara di seluruh dunia termasuk Indonesia, Malaysia, Thailand, Filipina, Bangladesh dan Australia.

Destini pula menjalin kerjasama sulungnya dalam segmen rel dengan kejayaan penghantaran troli bermotor kepada Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) pada 2018.

Destini dalam satu kenyataan berkata, kerjasama dengan PT INKA akan meningkatkan lagi keupayaan kumpulan dalam segmen rel serta membolehkannya mengembangkan kedudukan di peringkat serantau.

"Kumpulan percaya bahawa perkongsian dengan PT INKA ini akan menyumbang secara positif kepada cita-cita Destini dalam segmen rel," katanya.

Menurut kenyataan itu, Destini terus meneroka peluang untuk mengembangkan keupayaan dan kedudukannya dalam segmen berkenaan.

"Pada Februari 2021, Destini membentuk syarikat usaha sama dengan KTMB untuk meneroka peluang perniagaan dalam perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) dalam segmen rel.

"Susulan itu Destini memeterai memorandum persefahaman dengan Siemens Mobility Sdn Bhd untuk meneroka perkhidmatan MRO bagi set kereta api elektrik di Malaysia," katanya.

https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2021/11/886195/destini-pt-inka-tinjau-pasaran-rel-serantau

Back to Top
Back to Top