-->

Type something and hit enter

Pages

Singapore Investment


On
Karangan SPM CARA-CARA MENCAPAI KECEMERLANGAN DALAM PEPERIKSAAN

Tidak dapat dinafikan lagi pasti semua pelajar ingin cemerlang dalam peperiksaan. Mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan sebenarnya mudah sekiranya pelajar itu mempunyai iltizam dan keazaman yang tinggi untuk mencapai kecemerlangan. Pada zaman globalisasi yang bergerak pantas bagai belut diketil ekornya, masih ada segelintir pelajar yang lebih sukakan hiburan dan keseronokan berbanding pelajaran. Mereka memandang remeh terhadap prestasipeperiksaan mereka malah mereka tidak sedarkeputusan yang cemerlang dalam peperiksaan mampu memberikan masa depan yang cerah kepada mereka. Pelajar kian lupa pada pesan orang tua-tua “menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada guna”. Persoalannya, apakah cara-cara yang perlu dilakukan untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan?

          Antara cara untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan ialah dengan memberikan tumpuan ketika guru mengajar. Memberi tumpuan ketika guru mengajar dapat membantu pelajar untuk memahami apa yang dipelajari dengan mudah. Seorang pakar psykologi ada mengatakan bahawa lima puluh peratus yang difahami adalah dengan kaedah memberi tumpuan yang sepenuhnya ketika guru mengajar. Pemberian tumpuan yang sepenuhnya juga dapat memudahkan pelajar itu bertanya jika tidak faham apa yang diajarkan seperti pepatah malu bertanya sesat jalan. Kesimpulannya, memberikan tumpuan ketika guru sedang mengajar dapat membantu mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.

          Selain itu, sebagai seorang pelajar kita seharusnya menyediakan jadual belajar sendiri. Jadual belajar dapat membantu pelajar menguruskan masa dengan baik dan memberikan disiplin kepada pelajar. Dengan adanya jadual belajar dapat memberi kesedaran kepada pelajar bahawa masa itu emas dan harus dimanfaatkan dengan sebaiknya untuk belajar. Pada hari persekolahan jadual waktu seeloknya dimulakan pada waktu petang selepas pulang dari sekolah dan pada sebelah malam sekurang-kurangnya dua jam sebelum tidur. Hal ini dapat membantu pelajar mengulangkaji pelajaran yang dipelajari dengan teratur. Seterusnya, pada hujung minggu atau pada hari cuti seeloknya jadual ulangkaji dimulakan seawall pagi iaitu seusai solat subuh. Hal ini dapat membantu para pelajar agar mudah menghafal sesuatu perkara. Kesimpulannya, dengan adanya jadual belajar lebih mendisiplikan pelajar agar menghargai masa sebaiknya.

          Di samping itu, pelajar boleh jadikan guru sebagai sumber rujukan kepada mereka. Guru merupakan orang yang lebih terlatih dan lebih banyak ilmu yang dapat guru kongsikan. Sekiranya tudak memahami sesuatu mata pelajaran berjumpa dengan guru dan bertanya kepada guru kerana malu bertanya sesat jalan. Selain itu, pelajar sewajarnya berbaik dengan guru kerana jika para pelajar desenangi oleh guru, ilmu yang dipelajari melalui guru tersebut mudah diperolehi kerana sentiasa diredhai ilmunya kepada para pelajar. Kesimpulannya, hargailah guru yang mengajar kera guru ibarat sebatang lilin yang sanggup membakar diri untuk menerangi anak-anak muridnya.

          Seterusnya wujudkan kumpulan belajar iaitu ‘study group’ dengan rakan-rakan. Study group akan membantu pelajar agar belajar secara mudah dan difahami. Apada abad ke 21 ini pelbagai gajet telah wujud dan patut dimanfaatkan oleh pelajar untuk melalukan study group melalui laman sesawang contohnya e-talk.  Belajar secara berkumpulan ini dapat memberikan peluang kepada pelajar untuk mengemukakan pendapat masing-masing tentang jawapamn yang diperoleh. Dengan cara ini dapat memudahkan lagi proses pembelajaran kerana setiap tugasan ini diagihkan sama rata. Hal ini dapat mengelakkan pelajar daripada stress belajar seorang diri. Belajar secara berkumpulan dapat meringankan beban pelajar dan lebih menyeronokkan seperti pepatah berat sama dipikul ringan sama dijinjing . kesimpulannya, kejayaan akan diperoleh sekiranya berkongsi ilmu dengan rakan yang lain kerana dengan kaedah menerangkan kepada rakan mengenai hal yang telah kit abaca dan faham akan menyebabkan kita lebih ingat.

          Selain itu, sebagai pelajar sewajarnya banyakkan membaca bahan-bahan ilmiah. Bahan-bahan ilmiah akan banyak membantu kita sewaktu peperiksaan. Hal ini kerana disekolah-sekolah pelajar banyak didedahkan dengan soalan-soalan KBAT. Bukan sahaja soalan-soalan yang diberikan oleh guru, malah soalan peperiksaan SPM pada abat ini sudah lapan puluh peratus terdiri daripada soalan KBAT. Oleh itu dengan banyak membaca bahan ilmiah akan menjadikan diri seseorang pelajar itu lebih matang. Dengan pendedahan terhadap bahan ilmiah yang banyak pelajar, dapat membezakan perkara-perkara positif dan perkara negative. Para pelajar dapat menghindarkan diri mereka daripada terjebak dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. “membaca amalan mulia” sebagai pelajar yang ingin mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan perlu banyak membaca seperti pepatah serapang dua mata.

          Kesimpulannya, sebagai pelajar kecemerlangan dalam peperiksaan dapat menjamin masa hadapan yang cerah untuk mencapai cita-cita yang diimpikan. Bersungguh-sungguh dalam mengejar kejayaan dalam kehidupan seperti pepatah genggam bara biarlah hingga menjadi arang


http://ohkarangan.blogspot.com/2020/06/karangan-spm-cara-cara-mencapai.html
Back to Top