-->

Type something and hit enter

Pages

Singapore Investment


On

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENERAPKAN BUDAYA MEMBACA
DALAM KALANGAN MASYARAKAT MALAYSIA

                Dalam menempuh arus kemodenan, masyarakat Malaysia kian mengabaikan amalan membaca. Terdapat pelbagai bahan bacaan yang boleh dibaca seperti novel, majalah dan surat khabar. Dengan membaca kita akan memperoleh seribu satu manfaat dan pengetahuan. Oleh itu, semua pihak wajarlah menerapkan amalan membaca dalam diri masing-masing. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk menerapkan amalan membaca?

                Antara langkah untuk memupuk amalan membaca dalam kalangan rakyat Malaysia ialah ibu bapa digalakkan untuk mewujudkan perpustakaan mini di rumah. Perpustakaan ini haruslah kelihatan menarik, kemas dan ceria. Hal ini dapat menarik minat anak-anak untuk membaca setiap hari. Buku yang disediakan hendaklah ilmiah dan mempunyai banyak informasi menarik serta isu semasa. Perpustakaan yang menarik dapat menggalakkan anak-anak yang masih kecil untuk membaca. Hal ini kerana meluntur buluh biarlah daripada rebungnya.

                Seterusnya, pihak perpustakaan awam seharusnya mengadakan karnival membaca. Karnival membaca ini akan menggalakkan masyarakat setempat untuk berkunjung ke perpustakaan awam. Pelbagai aktiviti menarik hendaklah diadakan seperti pertandingan bercerita, pertandingan mendeklamasikan sajak, menubuhkan gerai jualan buku dan membaca selama 10 minit. Hal ini bukan sahaja dapat menggalakkan pengunjung membaca tetapi juga dapat memberikan keuntungan kepada pihak perpustakaan. Hal ini dapat dikaitkan dengan peribahasa sambil menyelam minum air.

                Selain itu, pihak sekolah haruslah mewajibkan setiap kelas untuk mewuujudkan ruang bacaan di kelas masing-masing. Dengan adanya ruang bacaan ini, pelajar dapat membaca di dalam kelas ketika guru tiada di kelas. Hal ini akan menyebabkan pelajar tidak membuang masa begitu sahaja kerana masa itu emas. Seterusnya, pihak sekolah bertanggungjawab untuk memastikan pelajar berkunjung ke pusat sumber sekolah sekurang-kurangnya sekali sebulan.

                Akhir sekali, tempat-tempat awam seperti tempat menunggu haruslah disediakan dengan sumber bacaan. Sebagai contoh, ruang bacaan wajarlah diwujudkan di stesen komuter, bas dan kereta api. Bahan bacaan ringkas boleh disediakan seperti surat khabar dan majalah. Selain itu, hospital dan klinik juga boleh menyediakan bahan bacaan untuk para pesakit dan orang yang menunggu. Dengan cara ini masa mereka dapat dimanfaatkan dengan perkara yang berfaedah.

                Kesimpulannya, terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil untuk menggalakkan masyarakat Malaysia membaca. Sesungghnya, membaca itu jambatan ilmu. Kita haruslah rajin membaca kera banyak faedah dan isu semasa yang boleh kita peroleh.



http://ohkarangan.blogspot.com/2021/10/langkah-langkah-untuk-menerapkan-budaya.html
Back to Top