-->

Type something and hit enter

Pages

Singapore Investment


On

GDEX (0078): GD EXPRESS CARRIER BHD tambah kapasiti penyusunan bungkusan

Kapasiti penyusunan bungkusan GDEX kini adalah 150,000 bungkusan sehari - Foto hiasan

KUALA LUMPUR: GDEX Bhd yang sebelum ini dikenali sebagai GD Express Carrier Bhd (GDEX) dijangka menyiapkan pengembangan kapasiti penyusunannya pada 2022.

Ia sekali gus menggandakan kapasiti semasa kepada 350,000 bungkusan sehari, berbanding 150,000 bungkusan sehari ketika ini, demikian menurut AmInvest Research.

Firma penyelidikan itu dalam nota kajiannya berkata, ia percaya pengembangan kapasiti itu akan mengurangkan kos operasi untuk GDEX dalam jangka masa panjang yang ketika ini adalah antara RM20 juta hingga RM25 juta.

"Perolehan GDEX pada suku ketiga 2021 melonjak 48 peratus suku-ke-suku dan 32 peratus tahun-ke-tahun kepada RM9.5 juta.

"Ini disebabkan oleh kawalan kos yang lebih baik dalam segmen penghantaran ekspres yang lebih daripada mencukupi untuk mengimbangi penurunan empat peratus dalam penurunan pendapatan suku ke suku," katanya.

AmInvest Research menambah, kedudukan tunai bersih kumpulan itu mengukuh sebanyak tiga peratus kepada RM281 juta pada suku ketiga 2021.

Katanya, tumpuan GDEX adalah untuk menjana aliran tunai yang positif walaupun persaingan sengit telah menghasilkan kedudukan tunai yang lebih tinggi.

"Kami percaya bahawa GDEX bersedia untuk terbabit dalam penggabungan dan pengambilalihan (M&A). Ambil perhatian juga bahawa ia menukar nama syarikat daripada GD Express Carrier kepada GDEX Bhd pada 22 Disember 2020.

"Ini berkemungkinan adalah strategi untuk ia bersedia berkembang ke perniagaan lain selain industri penghantaran 'last-mile'," katanya.

AmInvest Research berkata, risiko kepada perniagaan GDEX termasuk persaingan yang lebih tinggi daripada jangkaan dan kos kakitangan yang lebih tinggi daripada jangkaan.

"Risiko lain ialah pertumbuhan permintaan e-dagang yang lebih rendah daripada jangkaan," katanya.

https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2021/12/906086/gdex-tambah-kapasiti-penyusunan-bungkusan

Back to Top